Rakyat

Rumah Sepasang Warga Emas Musnah Dalam Kebakaran Dipercayai Dikhianat Jiran

14
SHARES

Sepasang suami isteri warga emas terselamat daripada rumah yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat jiran, lapor Berita Harian malam semalam.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi itu di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Baca juga: “Pengantin Bukan Untuk Disidai…” Tinggalkan Budaya Majlis Kahwin Makan Belanja Besar

RUMAH SEPASANG WARGA EMAS MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Kebakaran rumah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang dipercayai perbuatan khianat mengakibatkan sepasang suami isteri warga emas tinggal sehelai sepinggang. NSTP/IHSAN POLIS

Difahamkan ketika itu, mangsa yang berusia 75 tahun berada di dalam rumah bersama isterinya sebelum menyedari api sedang membakar sebahagian kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata sebelum kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki yang juga jirannya membaling satu objek disyaki bahan api ke atas bumbung rumahnya.

“Tindakan ini menyebabkan rumah mangsa terbakar dan hangus secara keseluruhannya serta mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM350,000.

“Susulan itu, bertindak hasil risikan, anggota kami menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang juga jiran mangsa yang disyaki terbabit dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Kebakaran rumah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang dipercayai perbuatan khianat mengakibatkan sepasang suami isteri warga emas tinggal sehelai sepinggang. – Foto ihsan Polis

Menurut Amran, suspek didapati positif methampethamine selepas membuat ujian saringan dan permohonan reman akan dikemukakan hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan melakukan khianat dengan api dengan niat hendak membinasakan rumah.

“Siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk mengetahui motif kejadian,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×