Sihat

Ruam Pipi Bayi: Kenali 5 Punca Ia Berlaku & Cara Mengatasinya

16
SHARES

Ruam pipi bayi adalah kondisi yang biasa timbul selain bahagian badan yang lain, iaitu ketika berumur sekitar beberapa hari sehingga beberapa bulan.

Terdapat beberapa jenis ruam yang boleh dialami oleh bayi.

Berikut adalah antara jenis ruam pipi pada bayi yang ibu ayah perlu tahu serta cara mengatasinya.

Ruam Pipi Bayi: Kenali 5 Punca & Cara Mengatasinya

1. Ruam Pipi Bayi Akibat Air Liur / Susu

Kehadiran air liur yang berterusan di dagu, leher, dan dada bayi anda, boleh berubah menjadi kerengsaan merah yang dikenali sebagai ruam air liur.

Ada satu fasa tertentu di mana bayi mudah menitiskan air liur atau mencapai apa-apa yang dijumpainya untuk dimasukkan ke dalam mulut lalu menyebabkan air liur mudah terkena pipi dan bahagian muka yang berdekatan dengan mulut.

Ruam air liur boleh muncul di sekitar mulut dan pipi, di lipatan leher bayi anda, dan di dada bayi anda akibat terlalu banyak air liur yang menyebabkan kulit basah.

Rawatan:

  • Basuh perlahan-lahan kawasan yang terbabit dengan air suam, kemudian keringkan.
  • Pastikan kulit bayi anda benar-benar kering.
  • Sapukan lapisan pelembap atau krim yang dipreskripsikan oleh doktor. Biasanya pelembap ini akan bertindak sebagai penghalang antara kulit bayi dan air liur.
  • Pada waktu mandi, pastikan anda menggunakan cucian bayi yang ringan dan tidak berbau.
  • Gunakan losyen lembut tanpa bau pada kulit kering bayi anda jika perlu, tetapi elakkan menggunakan losyen pada ruam air liur.
  • Kulit harus dijaga kering dan dirawat dengan krim khusus.

jerawat ruam pipi bayi

2. Jerawat Bayi (baby acne)

Jerawat bayi biasanya timbul kira-kira dua hingga empat minggu selepas kelahiran.

Bintit merah atau putih muncul di pipi, hidung, dan dahi bayi. Puncanya selalunya tidak diketahui.

Ia biasanya hilang sendiri dalam masa tiga hingga empat bulan tanpa meninggalkan tanda.

Rawatan :

  • Penjagaan di rumah secara teratur cukup untuk merawat jerawat bayi:
  • Cuci muka bayi anda setiap hari dengan sabun lembut.
  • Jangan menggosok atau mencubit kawasan yang dijangkiti.
  • Elakkan produk losyen atau muka yang berminyak.
  • Sekiranya anda bimbang jerawat bayi anda tidak hilang, doktor boleh mengesyorkan atau menetapkan rawatan yang selamat.

Baca juga: Hanis Zalikha Kongsi 5 Tips Berguna Hilangkan Ruam Pipi Bayi Dengan Berkesan

jerawat pada bayi

3. Ekzema

Ekzema adalah keadaan kulit yang menyebabkan ruam kering, merah, gatal, dan kadang-kadang menyakitkan. Ia lebih biasa pada kanak-kanak dan sering berkembang pada 6 bulan pertama.

Keadaan ini dapat berlanjutan apabila bayi semakin besar.

Pada bayi yang berumur sehingga 6 bulan, eczema sering muncul di pipi atau dahi.

Semasa bayi semakin besar, ruam boleh merebak ke anggota lain seperti siku, lutut, dan lipatan kulit.

Rawatan: Tidak ada penawar untuk ekzema, tetapi ada cara untuk menguruskannya:

  • Mandikan bayi anda dengan air suam (antara 5 hingga 10 minit) dan gunakan sabun bayi.
  • Gunakan krim sebagai pelembap dua kali sehari.
  • Gunakan pencuci pakaian tanpa wangian yang diolah khas untuk kulit sensitif.
  • Pakar pediatrik anda mungkin dapat memberikan krim sapu untuk membantu mengurangkan keradangan. Gunakan krim ini seperti yang diarahkan oleh doktor.

Foto Kredit: activemomsnetwork.com

4. Milia

Sekiranya anda melihat tompokan kecil berwarna putih di wajah bayi anda, ini adalah tanda milia yang jelas.

Milia lazimnya berada pada bahagian muka, kulit kepala dan bahagian atas badan bayi. Menurut Seattle Children’s Hospital milia berlaku pada 40% bayi baru lahir.

Rawatan : Milia akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu selepas kelahiran, oleh itu ia tidak memerlukan rawatan kecuali penjagaan dan pemantauan oleh ibu bapa atau sekiranya dinasihatkan oleh doktor.

ruam pipi bayi

5. Ruam Pipi Bayi Akibat Peluh

Ruam peluh kelihatan seperti lebam merah kecil, kebanyakannya di bahagian badan bayi anda yang mudah berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, dan ketiak.

Rawatan:

  • Paling penting adalah memastikan kawasan itu kering dan mengelakkan keadaan terlalu panas dengan memakaikannya dengan pakaian yang longgar.
  • Jika perlu, doktor akan mempreskripsikan losyen yang sesuai untuk membantu memulihkan kesan keradangan.

Baca juga: Risau Muka Bayi Selalu Naik Jerawat & Merah-merah, Ini 5 Perkara Perlu Tahu

bayi kekurangan kalsium

Foto Kredit: bellybelly.com.au

Ruam Juga Boleh Berlaku Akibat Pemakanan Ibu?

Ruam susu adalah perkara biasa pada bayi dan anak kecil.

Besar kemungkinan penyebabnya ialah ekzema, jerawat, dan jangkitan.

Sebilangan besar ruam hilang tanpa perlu rawatan. Walau bagaimanapun, berjumpa doktor jika ruam semakin parah atau berterusan.

Menurut Dr Hana, ruam susu juga boleh terjadi kepada bayi yang fully breastfeeding, di mana ada kemungkinan bayi tersebut alahan terhadap protein daripada makanan yang diambil oleh si ibu.

Jadi ibu harus hati-hati memilih jenis makanan ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×