Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kita akan mendapati betapa lembut dan halusnya kulit mereka. Namun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana kulit bayi akan mudah untuk mendapat ruam yang dipanggil ruam susu. Ruam susu kebiasaannya akan kelihatan kemerah-merahan di sekitar kawasan hidung, pipi dan dagu bayi. Jadi, macam mana nak hilangkan ruam ini?
Siapa yang tidak mengenali Hanis Zalikha yang merupakan ibu selebriti kepada dua orang cahaya mata ini. Beliau selalu berkongsikan tips parenting yang berguna dengan pengikutnya di laman media sosial. Salah satunya adalah tips untuk hilangkan ruam di pipi bayi.
TIPS UNTUK HILANGKAN RUAM DI PIPI BAYI
Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya . Boleh manfaatkan kalau serasi ya:
1. Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.
2. Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.
3. Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.
4. Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.
5. Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah.
I’ve tried letak susu ibu dekat ruam / bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada. #TipsMommynis
Sumber : thealisaaisyah