Famili

RM 68 Seorang Termasuk Pass Taman Tema Air! Austin Park Hotel Memang Best!

10.9K
SHARES

Dah dekat musim cuti sekolah kan? Masa macam ni la nak bawa keluarga pergi melancong, betul tak? Kadang tu kita terlalu sibuk sampai lupa nak luangkan masa dengan insan tersayang. Namun, admin tak nafikan faktor kewangan turut memainkan peranan.

Jadi, hari ni admin nak share dengan anda sebuah hotel yang cukup awesome dengan tawaran hebat. Hanya RM68 seorang untuk satu malam. Nak tahu di mana tempatnya dan apa yang mereka ada untuk anda? Detail dekat bawah.

Water Theme Park Terbesar di Johor!

Mesti pelik kenapa admin recommend Austin Park Hotel? Terletak di tengah-tengah bandar Tebrau, Austin Park Hotel menawarkan pakej percutian terbaik. Lengkap dengan taman tema air yang besar dan menarik iaitu Austin Heights Water and Adventure park, anda dan keluarga pasti teruja.

Taman tema air ini menjanjikan satu pengalaman yang berbeza buat anda sekeluarga. Ianya dilengkapi pelbagai permainan air yang menarik. Hanya 3 minit je jalan dari hotel. Menarik kan?

Kemudahan Hotel Tip Top! Nak Buat Meeting Boleh, Kenduri Pun Boleh!

Selain taman tema air, kalau anda nak tahu Austin Park hotel ni sangat luas dan besar. Mereka ada 108 bilik penginapan, itu tak termasuk lagi 460 parkir kereta, surau serta bilik meeting.

Bukan mudah ye nak cari penginapan yang sediakan surau. Selalunya, kita kena solat dalam bilik dan kadang tu dalam bilik tiada arah kiblat. Nasib la Austin Park Hotel sediakan semua kemudahan ni.

Bagi anda yang tengah usha-usha nak buat majlis kenduri kahwin, malam gala atau dinner company, boleh cuba survey Austin International Convention Centre. Mereka ada ballroom seluas 4 000 meter persegi kot.

Nak buat kenduri kahwin boleh, nak buat dinner company boleh nak sambut birthday anak pun boleh.

Bilik Penginapan yang selesa!

Tambah menarik, bilik penginapan di Austin Park Hotel juga cukup selesa dan luas ye. Ianya lengkap dengan TV LED 40 inci, plug soket, bahan asas untuk bilik seperti katil, bilik air dan keperluannya serta barang elektrik seperti pemanas air dan iron. Dekat sini internet akses 24 jam dan laju. No buffering video guys.

Senang nak cari makan! Kawasan sekitar menarik!

Ni bahagian paling penting. Makanan! Kalau hotel best tapi susah nak cari makan tak best jugak… Untungnya anda, di sekitar Austin Park Hotel, ada pelbagai restoran. Even dekat lobi hotel pun ada restoran makanan. So, bab makan jangan risau.

Lagipun dekat area sini ada banyak tempat menarik yang anda boleh pergi. Anda hanya perlu mengambil masa 3 minit unruk ke Austin Heights Golf and Resort, 7 minit memandu untuk ke Aeon Jusco Tebrau  dan IKEA Tebrau.

Pakej Menarik? Apa tu?

Tadi dekat atas admin ada bagitahu tentang pakej RM 68, kan? Sekarang Austin Hotel tengah buat Year End + Opening promotion. Dengan bayaran hanya RM68 seorang, anda boleh menginap di Austin Park Hotel selama satu hari dan dalam masa yang sama anda akan menerima pass masuk ke Austin Heights Water and Adventure Park.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jom grab tawaran RM 68 ini sekarang jugak. Terlepas rugi sangat! Nak tahu lebih lanjut klik link Laman Web dan Facebook di bawah ye.

>>>Klik sini untuk promo Year End + Opening promotion<<<

Website: Austin Park Hotel, Johor

Facebook: Austin Park Hotel, Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×