Asuh

Risau Masalah Gigi Anak Reput, Pakar Pergigian Ini Kongsi Tips Buat Wawa Zainal & Ibubapa

1.4K
SHARES

Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti terkenal Ariel Zafril dan Wawa Zainal kan? Mereka sudah mempunyai dua cahaya mata yang cantik dan comel sekali. Sebelum ini Wawa Zainal ada berkongsi di laman media sosial bahawa anaknya, Fakhruddin pernah dicabut semua gigi susunya kerana telah rosak. Bukan itu sahaja, anak keduanya pula menghadapi perkara yang sama dimana gigi anak perempuannya Hayla, semakin reput. Jadi, jom kita ikuti sedikit tips dan perkongsian dari pakar pergigian ini tentang cara untuk menjaga kekuatan gigi anak-anak.

TIPS PENJAGAAN GIGI BUAT SEMUA IBUBAPA

Handsome Fakhruddin, cantiknya Hayla. Maklumlah ibu bapa mereka juga sama handsome sama cantik. Saya baru tahu Ahmad Fakhruddin Attar pernah dicabut semua gigi susunya kerana telah rosak. Baiklah. Beginilah. Saya kongsikan kepada Wawa Zainal/Ariel Zafril dan semua ibu bapa langkah-langkah terbaik untuk memastikan kesihatan gigi yang optimum untuk anak masing-masing.

www.instagram.com/w4w4_zainal

1. Jangan biarkan anak tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.

Walaupun anak sudah tidur dan tidak menghisap lagi, susu tetap akan menitik dan menyebabkan bertakung di dalam mulut. Pengumpulan susu ini boleh merosakkan gigi.

2. Bersihkan mulut anak 2 kali sehari seperti mana kita menggosok gigi.

Gunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi. Bagi anak yang sudah mempunyai banyak gigi susu, boleh bertukar kepada berus gigi kanak-kanak atau gunakan ‘finger toothbrush’.

3. Perlahan-lahan perkenalkan penggunaan ubat gigi.

Anak kecil sudah boleh gunakan ubat gigi mengandungi flourida. Pastikan yang dibeli adalah untuk kanak-kanak. Cuma letakkan ubat gigi dengan saiz sebiji beras. Ia akan lebih mudah dibersihkan dan tidak takut ditelan oleh anak kerana kuantiti yang sangat sedikit.

4. Gosok gigi sendiri.

Anak yang sudah besar sikit (2-3 tahun), pastikan jangan dibiarkan mereka gosok gigi sendiri. Pastikan ibu bapa menolong mereka menggosok gigi.

5. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat.

Galakkan minum menggunakan cawan, ‘sippy cup’ atau sudu seawal usianya 6 bulan.

6. Bilas mulut bayi anda

Ini untuk menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu atau hidangan ‘solid food’.

7. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

Malah, elakkan menggantikan dengan apa-apa jenis minuman manis ke dalam botol susu.

8. Jika anak menangis semasa membersihkan gigi, kentalkan jiwa, cekalkan hati.

Biarlah mereka menangis seketika itu. Ia tidak akan membawa trauma sepanjang hayat hanya semata-mata membersihkan gigi.

9. Bawalah anak masing-masing untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama tumbuh.

Kemudian, disusuli pula dengan setiap enam bulan sekali. Pada masa inilah ibu bapa boleh menilai dan muhasabah adakah penjagaan gigi anak selama ini betul dan berkesan.

*Semoga bermanfaat buat Wawa Zainal dan Airel Zafril serta ibu bapa lain. Bantu saya sebarkan agar semua boleh dapat membaca dan berkongsi kebaikan ini. Terima kasih.

Sumber : Iqbal Rosali, Wawa Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×