Bagi pasangan suami isteri, jika sudah mempunyai cahaya mata lelaki, pasti keinginan untuk memiliki cahaya mata perempuan semakin membuak-buak. Barulah si ibu pun ada peneman dan kawan bersama kan? Begitulah yang dirasakan oleh penyanyi, Tomok dan isterinya yang menginginkan kehadiran anak perempuan.
Baca juga: Anak Usia 6 Bulan Ke Bawah Selalu Sembelit? Pakar Kongsi Punca & Rawatan Yang Betul
PENANTIAN ENAM TAHUN YANG BERMAKNA
Dengan berkat kesabaran selama enam tahun, Tomok dan isterinya, Ayu, akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Siti Khadijah yang sudah pun berusia satu tahun dua bulan.
Menerusi perkongsian Ayu di laman Instagramnya, dia menyifatkan itu satu rezeki yang tidak disangka-sangka kerana usianya sudah pun mencecah 40-an.
Alhamdulillah….1 tahun 2 bulan….mcm2 akal..lasak mmg lain maciam…penantian selepas 6 tahun…dibu mmg teringin anak perempuan sbb tu habis semua rambut arrian & andra ku sengaja panjangkan..andra mmg tak suka but no choice u have to follow me.
InsyaAllah nnt kalau dapat pergi surau adalah teman kat tempat muslimah…raya dapatla main masak-masak sekali.
Tambah Ayu lagi, dia tidak mengamalkan beberapa tip seperti orang lain, namun dia hanya mengamalkan pengambilan pil acid folic sejak awal perkahwinan lagi selain hanya berdoa kepada yang Maha Esa.
Yang tanya dibu tips, sebenarnya dibu pun takda tips apa2…semuanya rezeki diusia 40an ..hihi…selain daripada doa setiap lepas solat…tapi dibu lepas kawin mmg makan je acid folic…sampaila dapat khadijah..dibu stop sbb dah tutup kilang. Tu jela yg dibu amalkan…
Ayu juga mengharapkan ibu-ibu di luar sana turut mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga untuk kesihatan diri dan keluarga tersayang. Terdahulu, Tomok dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 2 Julau 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki serta kini seorang cahaya mata perempuan.
Dibu doakan semua ibu2 yg belum dapat zuriat atau yg menanti zuriat akan dimakbulkan..tapi time macam ni jangan lupa amik vaksin….vaksin bukan bererti ubat atau penghalang untuk tak dapat virus TETAPI ianya membina antibodi & mencegah komplikasi yg lebih teruk sekiranya terkena jangkitan…..ini comply untuk semua vaksin yg diambil dari baby sampaila kebesar…jangan takut ikut je saranan doktor….stay safe guys…
Sumber: Instagram Ayu Abas