Riadah/Relax

Trending No 1 Di Netflix: Ini Review & Sinopsis ‘Squid Game’, Drama Survival Thriller Korea

4.7K
SHARES

REVIEW & SINOPSIS SQUID GAME, DRAMA SURVIVAL THRILLER TERBARU DI NETFLIX

Baru 2 hari ditayangkan di Netflix, namun berjaya raih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Shows mengalahkan Hometown Cha-Cha-Cha dan Money Heist, semua orang wajib tengok Squid Game yang tengah trending sekarang!

Jika tajuknya kedengaran agak comel dan kebudak-budakan, tapi sebaliknya ia TIDAK sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Memang tak dinafikan drama berkonsepkan survival thriller ini agak brutal namun jalan ceritanya yang penuh saspens membuatkan penonton tak sabar menekan Next Episode.

Kredit Foto : butwhythopodcast.com

Plot & Sinopsis Squid Game

Sekiranya anda terjerat dengan hutang keliling pinggang, sanggupkah anda sertai game kanak-kanak kalah mati demi memenangi wang jutaan ringgit?

Begitulah konsep yang cuba diketengahkan dalam drama Squid Game.

Nama Squid Game asalnya dari permainan tradisional popular dari Korea yang dimainkan di atas padang yang dilukis dengan bentuk sotong.

Drama Squid Game bermula dengan kisah Seong Ki-Hoon, seorang duda yang hidup dikelilingi hutang.

Suatu hari, dia didatangi oleh seorang lelaki berbaju kot yang mengajaknya bermain ‘ddak ji’ (flipping card game) di tengah-tengah subway.

(Siapa yang selalu tengok Running Man mesti familiar dengan game ni).

Walaupun ditampar berkali-kali setiap kali kalah, Ki-Hoon sangat teruja bila dapat diberikan wang tunai apabila menang.

Lelaki itu pun mengajaknya sertai Squid Game untuk menang lebih banyak wang lagi.

Dengan situasi Ki Hoon yang terdesak perlukan wang demi mendapatkan hak penjagaan anaknya, dia pun sertai Squid Game tanpa berfikir panjang.

Setibanya Ki-Hoon di lokasi pertandingan yang tidak diketahui, dia dapati bajunya sudah ditukarkan dengan pakaian sukan serba hijau gelap dengan nombor 456.

Di situ, Ki-Hoon berjumpa dengan peserta lain antaranya ialah seorang pakcik lanjut usia dengan nombor 001 dan rakan kolejnya Sang-woo bernombor 218.

Semua peserta mempunyai latar belakang yang sama iaitu bebanan hutang yang cukup tinggi.

Namun pada awalnya mereka tidak tahu yang nyawa mereka dipertaruhkan melalui permainan kanak-kanak.

Kredit Foto : netflix.com

Permainan pertama yang dimainkan ialah Red Light Green Light.

Gamenya lebih kurang macam ‘AEIOU Stop’ yang kita main masa kecil-kecil.

Cuma di Squid Game, yang ‘tukang jadi’ ialah seorang patung robot besar yang cukup tajam matanya dan akan menembak terus peserta yang didapati bergerak apabila ia menoleh.

Kredit Foto : netflix.com

Kawasan game yang begitu ceria terus berubah suasana menjadi medan tempur berdarah apabila semakin banyak peserta ditembak.

Sejak dari situ, barulah peserta faham yang Squid Game ini sebenarnya ialah pertandingan survival dan peserta yang kalah akan disingkirkan dengan cara yang begitu brutal.

Seolah Remake Filem Jepun, As The Gods Will?

Sejak ia mula ditayangkan, ramai penonton yang menyamakan Squid Game dengan filem Jepun bertajuk As The Gods Will.

Memang tidak dinafikan filem As The Gods Will juga mempunyai sebuah patung yang akan menembak terus peserta yang gagal.

Namun, menurut pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk, bagi menghasilkan drama survival ini, dia telah banyak merujuk kepada manga dan manhwa (buku komik Korea) dengan tema yang sama.

Kredit Foto : filmstarts.de

Sehingga ke hari ini, banyak filem genre survival yang telah dihasilkan namun masih belum ada yang menghasilkan drama genre ini dengan sentuhan Korea.

Skripnya telah lama disiapkan pada tahun 2009 tetapi ia tidak dapat diterbitkan kerana projek ini sukar diterima orang ketika itu.

Penonton tempatan pada waktu itu juga masih belum familiar dengan genre survival thriller.

Dia juga telah mendengar ramai penonton yang memberi feedback tentang persamaan drama Squid Game dengan filem As The Gods Will namun ia hanyalah kebetulan semata-mata.

Sinopsis squid game

Kredit Foto : netflix.com

Baca juga: 11 K-Drama Komedi Paling Kelakar Untuk Hilangkan Stres. Lawak Pecah Perut!

Cuma 9 Episod Je!

Berbanding drama Korea yang selalunya berlarutan sehingga 16 episod, drama Squid ini hanya bersiaran sehingga 9 episod.

Kurang dari dua hari pun dah boleh habis maraton cerita ini.

Percayalah bila anda sudah mula menonton cerita ini, anda pasti susah untuk berganjak dari tempat duduk kerana rasa ingin tahu yang semakin membuak-buak selepas setiap episod berakhir.

Plot twist tetap ada, dan penonton mesti tertanya-tanya tujuan diadakan Squid Game dan siapakah sebenarnya yang menganjurkan permainan ini.

Apa yang akan jadi dengan setiap peserta dan siapa yang akan memenangi pertandingan ini?

Anda kenalah tonton Squid Game untuk ketahuinya ok.

Kami bagi rating 4/5 untuk Squid Game ini. Pendek kata memang tak menyesal tengok!

Sumber rujukan :

  • Netizens are saying Netflix’s original series ‘Squid Game’ is very similar to another Japanese film
  • Stream It Or Skip It: ‘Squid Game’ On Netflix, Where People Down On Their Luck Risk Their Lives Playing Deadly Kids’ Games
    https://decider.com/2021/09/17/squid-games-netflix-review/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×