Famili

11 Filem Komedi Korea (K-Movie) Paling Lawak. Confirm Hilang Stres!

75
SHARES

Anda sukakan genre komedi? Filem komedi Korea pun tak kurang hebatnya dalam menyajikan hiburan berunsurkan lawak jenaka pecah perut dan sesuai untuk tontonan semua.

Dengan plot yang lebih ringan serta lakonan mantap dari pelakon papan atas, filem-filem ini wajib ditonton oleh semua penggemar komedi.

Jom kita terjah antara 11 filem komedi Korea terbaik (all-time) yang tak rugi anda tonton.

11 Filem Komedi Korea (K-Movie) Kena Tonton, Memang Lawak Habis!

1. My Sassy Girl (2001)

Walaupun diterbitkan 20 tahun lepas, tiada filem lain yang dapat menandingi My Sassy Girl sebagai filem komedi Korea terbaik sepanjang zaman.

Filem yang dibintangi sangat popular serantau Asia sehingga menjadi antara pencetus gelombang awal hiburan K-pop yang melanda dunia.

Filem romantik komedi ini mengisahkan Gyun Woo, seorang siswa kolej yang bertemu dengan seorang perempuan di kereta api. Sejak itu mereka mula menjalin cinta.

Perempuan dengan personaliti unik atau ‘sassy’ ini turut mengubah hidup Gyeon Woo 360 darjah!

Baca juga: 11 K-Drama Komedi Paling Kelakar Untuk Hilangkan Stres. Lawak Pecah Perut!

2. Welcome to Dongmakgeol (2005)

Filem ini merupakan antara karya yang paling diingati dalam industri perfileman Korea. Walaupun sudah agak lama, filem ini masih meninggalkan kesan yang mendalam buat penonton.

Filem ini mengisahkan kampung Dongmakgeol yang terpencil, dan tidak terkesan semasa Perang Korea melanda pada tahun 1950.

Bukan sekadar filem perang, malah Welcome to Dongmakgeol berjaya menyentuh hati penonton dengan kemesraan penduduk kampung yang melayan baik askar-askar dari Korea Utara, Amerika dan Korea Selatan yang terperangkap di situ.

Gelagat penduduk kampung yang naif dan terpisah dari dunia luar juga turut berjaya mencuit hati penonton.

https://www.youtube.com/watch?v=gama8x1E0r4

3. The Dude In Me (2019)

Filem The Dude In Me mengisahkan seorang pelajar gemuk yang sering dibuli tergelincir dari bangunan tinggi sekolah dan terjatuh ke atas seorang ‘gangster’ elit.

Keesokan harinya, ‘gangster’ tersebut terperanjat apabila dapati dirinya berada dalam badan budak sekolah yang menimpanya semalam. Budak sekolah itu pun mengalami nasib yang sama.

Bayangkanlah kekecohan yang mereka alami. Budak sekolah penakut berada dalam badan ‘gangster’, ‘gangster’ pula berada dalam badan budak sekolah yang selalu dibuli.

Memang tak kering gusi dibuatnya!

https://www.youtube.com/watch?v=8LgcwhgObRQ

4. Miss Granny (2016)

Miss Granny pula mengisahkan seorang nenek tua yang diberi peluang untuk kembali muda, namun jiwanya masih seorang tua ! Apa yang anda akan buat jika diberi peluang untuk kembali pada zaman muda?

Pastinya anda akan buat semua perkara yang anda terlepas semasa muda, kan? Nenek yang kini bertubuh muda mula melaram semula dan ingin memulakan karier menyanyi yang dia sangat sukai pada zaman mudanya. Adakah nenek ini berjaya capai impiannya?

Anda kenalah tengok sendiri Miss Granny untuk ketahui!

Kalau nak tahu, filem ini juga telah dibuat ‘remake’ oleh ngeara seperti Indonesia dan Filipina.

https://www.youtube.com/watch?v=gfgby9ESwj4

5. Sunny (2011)

Filem Sunny bakal membawa anda ke nostalgia zaman sekolah dahulu. Sunny mengisahkan sekumpulan rakan yang ditemukan semula setelah berpuluh tahun terpisah.

Gelagat mereka pada zaman sekolah dahulu pasti mencuit hati serta menyentuh emosi penonton yang telah cipta banyak memori dengan kawan pada zaman persekolahan dulu.

Rugi kalau tak tengok!

https://www.youtube.com/watch?v=dPb717U_hf0

6. Extreme Jobs (2019)

Sekumpulan detektif dengan prestasi lemah diberi misi terakhir untuk selamatkan karier mereka.

Mereka diberi misi untuk membanteras sindiket dadah yang terletak berdekatan dengan restoran ayam goreng yang hampir ditutup. Untuk menyamar, mereka pun bercadang untuk menyamar dengan mengambil alih perniagaan ayam goreng itu.

Semakin lama berniaga, makin ‘famous’ pula ayam goreng mereka sampai viral. Dapatkah mereka banteras aktiviti sindiket dadah atau mereka akan terus jual ayam goreng?

Kenalah tengok filem Extreme Job untuk ketahui endingnya. Yang confirm, macam-macam perkara lawak berlaku  sampai pecah perut nak gelak.

https://www.youtube.com/watch?v=l9Hu3Xocc-g

7. The Odd Family : Zombie On Sale (2019)

Jangan tak tahu, filem zombie pun ada yang kelakar! The Odd Family : Zombie On Sale ini mengisahkan sebuah keluarga Man Deok yang berdepan dengan lelaki yang bertukar menjadi zombi.

Man Deok, seorang pemilik pam minyak di sebuah kampung digigit oleh zombi. Apa yang menghairankan, Man Deok bukannya berubah menjadi zombi, tetapi menjadi awet muda selepas digigit.

Sejak itulah keluarganya mula menggunakan zombi yang dijumpai tadi untuk mengaut keuntungan daripada orang kampung.

Memang wajib ditonton sebab banyak ‘scene’ kelakar sampai pecah perut!

https://www.youtube.com/watch?v=sfGpUEy2Zho

8. Hello Ghost (2010)

Hello Ghost mengisahkan lelaki bernama Sang Man yang cuba untuk bunuh diri namun tidak berjaya dan dihantar ke hospital. Bermula dari situ, dia mula melihat kelibat banyak hantu.

Hantu-hantu yang datang pula hanya akan pergi jika hajat mereka tercapai.

Dalam menunaikan hajat-hajat hantu yang bermacam-macam, Sang Man mula jumpa makna hidup dan sebenarnya hantu-hantu ada kaitan dengan dirinya.

Kalau nak tahu kenalah tonton sendiri!

https://www.youtube.com/watch?v=Dje7QvPBZ3s

9. Baby & Me (2008)

Filem ini mengisahkan seorang budak sekolah nakal, Joon Seo yang menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan di dalam troli membeli-belahnya beserta dengan nota yang mengatakan dialah bapa pada bayi tersebut.

Hidup Joon Seo mula berubah sejak itu. Sambil dia berusaha mencari ibu bapa bayi tersebut, pelbagai insiden kelakar dan menyentuh hati berlaku semasa menjaga bayi tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=7oThvRuRAsE

10. Veteran (2015)

Filem aksi komedi ini mengisahkan seorang detektif senior yang membanteras kes jenayah yang dilakukan oleh orang kenamaan. Detektif Seo Do Cheol yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang penyiasatan akan lakukan apa saja untuk menangkap penjenayah.

Reputasi Soe Do Cheol menjadi taruhan apabila terpaksa berdepan dengan kes jenayah yang dilakukan secara licik oleh anak orang kenamaan, Jo Tae Oh.

Walau bagaimana pun, detektif senior ini tidak gentar dan tidak segan untuk lakukan pelbagai cara untuk menangkap Jo Tae Oh yang sering terlepas dari kesalahan dengan menggunakan wang dan pangkat yang ada.

https://www.youtube.com/watch?v=3B-mmwo5mOs

11. Scandal Makers (2008)

Scandal Makers mengisahkan seorang DJ radio bernama Nam Hyeon Soo yang didatangi seorang ibu tunggal yang masih muda dan anak lelaki.

Betapa terkejutnya Hyeon Soo bila dapati rupanya wanita muda tersebut merupakan anaknya. Dia langsung tidak sangka dia sudah ada anak berusia 22 tahun dan cucu berumur 7 tahun!

Bagi menjaga reputasinya sebagai DJ dan mengelak skandal, Hyeon Soo pun mengajak anak dan cucunya untuk tinggal bersama.

Sejak dari itu, pelbagai peristiwa kelakar yang berlaku kerana usia mereka yang tidak jauh beza seperti pasangan suami isteri.

https://www.youtube.com/watch?v=G1L2Jk7PkmQ

Jom Hilangkan Stres Tengok Filem Komedi Korea Ni!

Walaupun bergenre komedi, kebanyakan filem ini juga banyak bermain dengan emosi penonton, bukannya ketawa semata-mata.

Jalan cerita filem-filem ini juga cukup padat dengan pelbagai babak menyentuh hati dan sesuai untuk tontonan keluarga.

Semua filem ini ada tarikan tersendiri sehingga berjaya mencuri hati ramai penonton.

Jom kita tonton filem-filem komedi Korea dengan seisi keluarga! Confirm pecah perut!

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×