Famili

11 K-Drama Komedi Paling Kelakar Untuk Hilangkan Stres. Lawak Pecah Perut!

1.5K
SHARES

Bosan tengok kisah cinta dan sedih? Mahu mula menonton drama bersiri yang kelakar? Jangan tak tahu, sebenarnya K-drama komedi pun ada banyak pilihan siri menarik.

Semuanya cukup popular dan memang sesuai untuk anda yang nak meredakan stres selepas seharian bekerja.

Jom kita semak beberapa K-drama bergenre komedi untuk tontonan anda dan seisi keluarga!

11 K-Drama Komedi Paling Kelakar & Lawak Pecah Perut

1. Welcome to Waikiki

Siapa tak kenal dengan K-drama ini? Welcome to Waikiki berjaya menambat ramai penonton dengan lawak yang bersahaja dan cukup ikonik!

Anda pasti akan terjebak dengan tagline “Gwaenchana, gwaenchana!” yang sudah menjadi ‘trademark’ drama ini.

Welcome to Waikiki mengisahkan kehidupan 3 sahabat yang berusaha mengumpul duit untuk buat filem sendiri dengan membuka ‘guest house’.

Walaupun masing-masing nampak ‘happy go lucky’, kehidupan harian mereka sering ditimpa masalah dari hari ke hari – seperti juga kita kan?

Namun, keadaan menjadi bertambah rumit apabila mereka menemui bayi dan ibu tunggal di ‘guesthouse’ tersebut.

Kalau nak tahu apa jadi, kenalah tengok sendiri!

K-drama komedi

Kredit Foto : hallyusg.net

2. Vincenzo

Drama bersiri Netflix ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Vincenzo yang dibintangi Song Joong Ki merupakan antara K-Drama yang paling diminati pada tahun ini.

Walaupun lebih berunsurkan mafia dan banyak scene di mahkamah, drama ini juga menyuntik genre ‘dark comedy’.

Anda pasti tak kering gusi melihatkan gelagat warga Geumga Plaza yang bermacam ragam dalam melindungi bangunan tersebut daripada diambil oleh Babel Group!

Kredit Foto : kdramastars.com

3. Mr Queen

Apa yang anda akan buat jika pada suatu hari anda bangun dan dapati anda sudah bertukar jantina dan hidup di era lain?

Pasti kelam kabut dibuatnya untuk menyesuaikan diri, bukan?

Mr Queen mengisahkan seorang chef terkemuka yang terperangkap dalam tubuh permaisuri yang hidup pada era Joseon.

Anda pasti mudah terhibur melihatkan perangai Mr Queen ini, dan pada masa yang sama kagum dengan skill masakan cara moden yang dibawa ke era tersebut.

Drama yang disiarkan pada awal tahun ini juga berjaya meraih rating yang tinggi !

Kredit Gambar : kdramaone.com

4. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Walaupun sudah lama disiarkan, namun penggemar K-drama masih belum ‘move on’ daripada gelagat Kim Book Joo lakonan Lee Sung Kyung ini.

Rata-rata ramai yang memuji ‘chemistry’ lakonan yang baik antara Lee Sung Kyung dengan Nam Joo Hyuk.

Drama bergenre romantic comedy ini pasti dapat mengimbau kenangan penonton waktu bercinta dahulu.

Selain percintaan yang kebudak-budakan, banyak juga adegan persahabatan yang mengingatkan kita pada zaman remaja dahulu.

Sekali layan, confirm asyik tersengih je sepanjang hari…

Kredit Foto : mystarbiz.net

5. True Beauty

True Beauty juga berjaya hasilkan satu scene ikonik di mana pelakon Hwang In Youp menari lagu ‘Okey Dokey’ dengan memakai boxer bercorak ‘leopard’.

Memang kelakar dan sukar untuk dilupakan!

True Beauty mengisahkan Ju-Kyung yang baru pindah sekolah dan menjadi pelajar perempuan tercantik dengan memakai mekap.

Sebelumnya, dia sering dibuli kerana wajah yang berjerawat dan tak pandai make up.

Di sekolah barunya, dua jejaka paling ‘handsome’ di sekolah masing-masing berebut untuk memenangi hati Ju Kyung.

True Beauty yang diadaptasi daripada webtoon merupakan drama romantik komedi yang wajib ditonton bagi peminat genre komedi.

Kredit Foto : allkpop.com

6. Fight For My Way

Drama yang terkenal dengan adegan ‘aegyo’ yang menyakitkan mata tetapi kelakar dari Park Seo Joon ini masih mempunyai peminatnya sampai ke hari ini.

Ditayangkan pada tahun 2017, drama Fight For My Way mengisahkan Ko Dong Man iaitu seorang ahli gusti MMA dan Choi Ae Ra yang bermula sebagai sahabat baik yang akhirnya menjalin cinta.

Chemistry antara Park Seo Joon dan Kim Ji Won juga sangat baik dalam drama ini menjadikan setiap babak di dalamnya kelakar dan ‘sweet’ pada masa yang sama.

Kredit Foto : mystarbiz.net

7. Strong Woman Do Bong Soon

Bertepatan dengan tajuknya, drama ini mengisahkan Do Bong Soon, seorang gadis kecil molek yang memiliki kekuatan luar biasa.

Disebabkan kekuatannya, dia diberi tugas sebagai pengawal peribadi seorang CEO muda dan sombong lakonan Park Hyung Sik.

Di samping banyak moment yang sweet antara mereka berdua, drama ini juga boleh tahan kelakar apabila Park Bo Yong mempamerkan kekuatannya yang tidak masuk akal.

Kredit Foto : soompi.com

8. My Love From The Star

Walaupun sudah disiarkan hampir 10 tahun lepas, drama ini masih relevan sampai sekarang! Memang sukar untuk lupakan gelagat dan mimik muka Jun Ji Hyun yang bersahaja dalam drama ini.

My Love From The Star mengisahkan makhluk asing lakonan Kim Soo Hyun yang hidup di bumi dan bertemu dengan pelakon wanita dengan pelbagai karenah.

Drama popular ini juga berjaya meraih pelbagai anugerah di atas ‘chemistry’ baik antara pelakon dan jalan cerita yang menarik.

Kredit Foto : dramapearls.com

9. Kill Me Heal Me

K-drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki daripada keluarga kaya yang mempunyai 7 personaliti berbeza akibat ‘dissociative personality disorder’ yang dialaminya.

Apa yang membuatkan drama ini kelakar ialah personalitinya yang cukup berbeza antara satu sama lain. Antara babak yang paling diingati penonton ialah babak di mana Cha Do Hyun berubah personaliti menjadi gadis remaja yang meminati Oh Ri On.

Sampai berlari tak cukup tanah Park Seo Joon dibuatnya!

Drama ini juga berjaya merangkul banyak anugerah pada tahun 2013.

Rata-rata ramai yang memuji lakonan Ji Sung yang menghidupkan 7 personaliti berbeza dalam wataknya.

Kredit Foto : asianwiki.com

10. Sound Of Your Heart

Anda mudah terhibur dengan gelagat Lee Kwang Soo di Runningman?

Jika ya, jangan lupa tonton Sound Of Your Heart. Drama ini sesuai bagi yang mahukan tontonan ringan dan tak kering gusi.

Diadaptasi daripada webtoon popular di Korea,web drama ini mengisahkan kehidupan seorang kartunis di samping ahli keluarga dan teman wanitanya yang bermacam-macam ragam.

Memang penatlah anda ketawa tengok drama ini.

Kredit Foto : koreatimes.co.kr

11. Prison Playbook

Kalau anda rasa bosan dengan romantik komedi, Prison Playbook ialah drama yang patut anda tonton.

Ia memaparkan ‘detik gelap’ seorang pemain besbol yang disabitkan kesalahan setelah membelasah seorang pelaku seksual adiknya di penjara di Korea.

Walaupun pada asalnya dia mendakwa kes ini sebagai ‘mempertahankan diri’, namun ia menjadi sukar apabila pelaku tersebut mengalami kecederaan yang semakin parah.

Mahu atau tidak, dia kini terpaksa melupakan kehidupan mewahnya sebagai bintang besbol terkenal dan tinggal di penjara bersama banduan lain tanpa menerima sebarang keistimewaan sebagai ‘superstar’.

Tak sangka walaupun jalan ceritanya macam serius, bila dah jumpa ‘geng’ dekat sana – terus jadi kelakar!

Watak-watak ‘ganas’ banduan di sana diolah dengan baik, tidak cliche dan masing-masing ‘hidup’ dengan karakter tersendiri.

Jom Hilangkan Stres Tengok K-Drama Komedi Ni!

Bila sebut tentang K-drama, tidak semestinya semua mempunyai plot yang tegang dan memeningkan kepala seperti Mouse atau Penthouse ada juga K-drama komedi yang enjoy sangat!

Genre ini menjurus kepada sitkom jenaka yang lebih ringan dan memang sesuai bagi anda yang mencari tontonan santai untuk meredakan stres.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×