Hebahan

Review Filem: Wira Filem Aksi Malaysia Ke Peringkat Lebih Tinggi

28
SHARES

Filem Wira telah mempersembahkan barisan pelakon hebat tempatan seperti Hairul Azreen, Hilal Azman , Dain Said dan ramai lagi malah bintang hebat diimport dari seberang seperti Yayan Ruhain dan Ismi Melinda untuk membintangi filem Wira arahan Adrian Teh ini.

Filem aksi yang menyentuh elemen kekeluargaan ini berkisahkan tentang Hassan (Hairul Azreen) kembali ke rumah asalnya di Flat Raja Merah dengan niat untuk menyelamatkan keluarganya dari hutang dan kekejaman Raja (Dain Said).

Hassan telah melibatkan diri dengan tentera ketika menghilangkan diri untuk beberapa tahun meninggalkan keluarganya dengan niat ingin ‘cuci tangan’ dari kisah silamnya. Beliau kembali untuk menyelesaikan masalah keluarganya dan membawa mereka ke kampung halaman mereka di Machang dan mulakan hidup baru. Untuk menyelesaikan hutang tersebut, Hassan dan adiknya Zain (Fify Azmi) terpaksa bertanding tinju berlawan bersama dua orang anak Raja iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan). Perkembangan plot berlaku selepas pertarungan itu dan seterusnya banyak perkara yang terjadi kepada Hassan dan keluarganya.

Gandingan mantap Hairul & Fify!

Hairul Azreen tidak dinafikan merupakan pelakon aksi yang sangat hebat yang sanggup korbankan kesihatan dirinya untuk menjayakan filem ini. Tidak lupa juga kehebatan Fify Azmi yang pertama kali menampilkan diri sebagai pelakon namun, lakonannya menjadi. Watak Hassan dan Zain kedua-duanya memberikan impak kerana mereka masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Plot yang mudah difahami

Boleh dikatakan keseluruhan plot filem ini begitu mudah untuk difahami dan ‘straight forward’ ekoran semua watak dalam filem ini memainkan peranan masing-masing dengan baik. Oleh itu, penonton tidak perlu cungkil dan berfikir terlalu dalam untuk memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.

Aksi yang power!

Filem ni rata-ratanya menayangkan hampir sepenuhnya aksi yang mendebarkan dan tanpa meninggalkan “ruang kosong” langsung untuk para penonton mengalihkan pandangan dari layar skrin. Pelakon seberang, Yayan yang sememangnya pelakon aksi itu memaparkan koreografi aksi yang sangat hebat dan menerujakan penonton lebih-lebih lagi apabila digandingkan bersama Hairul, Fify dan Ismi.

Kesimpulannya, filem Wira ini sebenarnya memberikan banyak pengajaran tentang kasih sayang antara keluarga dan tidak menghampakan bagi penggemar filem aksi yang pastinya akan memberikan kejutan buat penonton. Ini trailer filem Wira:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×