Business

Rev Media Group Bergabung Tenaga Bersama Dattel Asia Group Bantu Perkasa Industri PKS

45
SHARES

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

REV MEDIA GROUP & DATTEL ASIA GROUP BANTU PERKASA INDUSTRI PKS

Kolaborasi ini menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik. Platform layan diri ini dikuasakan oleh AI untuk menyasar audiens dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat
keputusan pemasaran yang baik.

Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80% rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.

Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Dato Ghazi berkata, “Menyasarkan audiens yang tepat adalah penting dalam mana-mana aspek perniagaan. Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil”

Tambahnya lagi, bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia!

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee berkata, “Berlalu sudah hari di mana pemilik perniagaan PKS dan agensi perlu memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka”

“Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama”, tambahnya.

BOLEH MOHON JADI REV MARKETING PARTNERS

Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners. Pemohon yang berminat boleh memohon di sini – https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/. Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami.

Kami telah memperakui dan melantik sekumpulan agensi sebagai REV Marketing Partners yang akan membantu PKS dalam perjalanan pengiklanan mereka. REV Marketing Partners kami termasuk Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. Layari https://www.dattel.asia/our-rev-marketing-partners/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×