Dapur

Resipi Muffin Bakar Pandan Sedap & Gebu Guna Air Fryer

30
SHARES
resipi muffin pandan mudah

Siapa sahaja yang tak suka kek lembut yang sedap. Apatah lagi digabungkan dengan teh panas dihidangkan pada petang hari. Lagilah syok!

Oleh itu, menerusi perkongsian Facebook Nur Filzah Akma, terdapat resipi kek muffin bakar pandan yang sedap dan mudah dengan hanya menggunakan air fryer sahaja! Tentunya mudah dan senang sahaja resipi ini di samping amat sedap. Anda patut cuba!

Baca juga: Resipi Puding Mangga Viral, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

RESIPI MUFFIN BAKAR PANDAN SEDAP & GEBU GUNA AIR FRYER

resipi muffin bakar pandan sedap

Bahan A (Kisar):

– 1 1/2 cawan susu segar
– 1 cawan buttercup cair
– 3/4 cawan gula
– 1 biji telur
– 1/4 sudu teh perasa pandan

Bahan B (Ayak):

– 2 cawan tepung gandum
– 1 sudu teh baking powder
– 1 sudu teh soda bikabonat

Cara-caranya:

1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B kemudian sebatikan. Masukkan sedikit pewarna hijau.
2. Sudukan adunan ke dalam acuan kertas kek cawan hingga memenuhi 3/4 acuan.
3. Panaskan Air Fryer pada suhu 150 C selama 3 minit.
4. Susun muffin di dalam Air Fryer dan bakar selama 15 minit.
5. Jika suka, boleh tabur cip coklat. Jika tiada, tak mengapa.
6. Muffin Pandan sedia untuk di nikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nur Filzah Akma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×