Famili

Resepi Breakfast Dip Simple & Sedap Guna Tortilla Wrap. Sihat Pulak Tu!

Mungkin ramai antara kita yang beli tortilla wrap ni lepas tu rasa dah bosan nak makan wrap macam biasa tu…

Maklumlah, kadang tu jemu juga kan kalau asyik ulang resepi sama je.

Jadi dalam artikel ini kami kongsikan satu idea menarik oleh Puan Zatil Arip yang mengolah tortilla wrap untuk buat breakfast dip ala nachos tu.

Memang simple dan nampak sedap sangat!

Jom tengok resepi beliau selengkapnya di bawah.

Resepi Breakfast Dip Guna Tortilla Wrap

Hari tu saya beli gardenia wraps walaupun masa tu tak ada idea nak masak apa lagi.
Tapi anak-anak tak berapa minat makan wrap. Isi je dema kutip nanti.
Saya dok pikir apalah nak dibuat dengan gardenia wrap ni?

Maka tercetuslah idea resepi sarapan mudah ni pagi tadi.

Bahan-bahan

Bahan Telur Hancur (scramble eggs)

  • 4 biji telur
  • Setengah cawan susu segar
  • Garam
  • Lada hitam
  • Tomato-dadu
  • Bawang-dadu
  • Daun ketumbar-hiris
  • Sehiris lemon

Cara nak buat boleh rujuk gambar di bawah:

resepi tortilla wrap resepi tortilla wrap

Topping nak tambah apa-apa bahan lain terpulanglah ikut suka ya.

resepi tortilla wrap

Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:

  1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
  2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
  3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.
  4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yg disukai.
  5. Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

OK dah keluar oven / air fryer bolehlah hidang dengan telur tadi.

Inilah hasilnya…

resepi tortilla wrap

resepi tortilla wrap

“Umi esok buat macam ni lagi tau!”

Haa..berjaya ler tu kan?

Simple sangat resepi tortilla wrap ni, sesekali ubah angin. Seronok juga makan rangup-rangup macam nachos tu.

Apa lagi, jomlah kita cuba!

*Kredit resepi: Zatil Arip via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×