Dapur

Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Confirm Tak Lapar Sampai Berbuka!

3.2K
SHARES

Kurma merupakan antara buah atau makanan yang berada dalam kelompok ‘superfood’. Makanan yang yang tergolong dalam superfood ini menurut kajian ternyata mempunyai khasiat yang tinggi terutama sekali ketika kita berpuasa. Memang tidak sah kalau tak ada buah kurma!

Sempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, sangat sesuai untuk anda membuat persiapan pati kurma yang bukan sahaja boleh dibuat air minuman, malah pati ini juga sesuai untuk digunakan dalam masakan. Sudah pastinya dengan mengamalkan makanan sunnah Rasulullah ini, kita dapat mengekalkan tenaga berpuasa walaupun kali ini suasananya agak berbeza. Memang tahan lapar bila makan kurma tau!

CARA BUAT STOCK PATI KURMA

Stock pati kurma untuk sahur. Campur dgn susu & ready utk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.

1) Buang biji & basuh kurma

2) Stim 20min

3) Blend sampai hancur

4) Simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge

5) Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Sumber: Nadiah Latfi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×