Pelbagai resepi telah dikongsi oleh semua rakyat Malaysia. Lambakan resepi yang dikongsi memudahkan semua orang untuk memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini. Lebih lebih lagi bila tiba Ramadhan. Pastinya menu untuk berbuka puasa akan bertukar tukar setiap hari.
Najwa Bahira melalui laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) berkongsi resepi makanan ala ala KFC. Resepi ini amat sesuai untuk seisi keluarga, malah penggemar KFC boleh mencubanya. Tak perlu lagi nak susah susah pergi ke kedai dan beratur panjang. Set ala KFC ayam goreng, coleslaw dan kentang putar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini susah nak keluar tetapi kita boleh buat sendiri jimat dan puas makan satu keluarga. Ramai tak minat makan macam ini? Sekali sekala tak susah pun masaknya.
Resepi Ayam Goreng KFC
Bahan-bahan yang diperlukan :
– Ayam * sy guna seekor
– 2 cawan Tepung bestari pedas
– 1 cawan Tepung jagung
– 2 sudu Tepung Beras
– Bawang putih 3 ulas*ketuk
– Serbuk cili 2 sudu
– Garam 1 sudu kecil
Cara cara:
1. Ayam perap letak garam dgn tepung bestari 1/4 cawan n Bawang putih. Biar ada air skit jgn buang air perap ayam tu akan keluar.Perap simpan dlm peti lg lama lg sedap
2. Letak air ayam perap sikit tmbah air masak skit utk celup ayam. Tips celup dlm air perap ayam td buat ayam cantik tersalut mcm KFC
3. Satukan semua bahan2 semua Tepung + serbuk cili. Celup ayam dlm air dlu pastu dlm tepung bestari. Salut sebati baru ayam cantik
4. Goreng dlm kuali minyak penuh smpi tutup ayam. Api mesti besar skit kasi ayam masak cantik. inshallah ayam masak elok cantik
Resepi Coleslaw
– Kobis bulat/Kobis manis (1 biji)
– Carrot (2 biji)
– Mayonis (2 senduk besar)
– Susu cair (1/4 cwn)
– Gula sesudu. garam 3 cubit
– Perahan lemon
Cara cara :
1. Potong Kobis n carrot halus, Bentuk cube halus
2. Campur semua bahan dlm mangkuk gaul sebati.Perah lemon simpan dlm peti sejuk.makin lama perap lg sebati sedap
Resepi Kentang Putar
– Ubi Kentang 7 biji
– 1 ketul Kiub ayam
– 1/4 cawan Susu cair
– Bawang merah besar/Holland -stgh biji
– Tepung gandum setengah cawan
– Lada hitam n Lada sulah
– Air masak- 1 cawan
– Majerin 2 sudu
– Kicap manis sesudu
Cara cara :
1. Rebus ubi kentang letak sesudu kecil garam
2. Lenyek smpai hancur ubi kentang. Campur Lada sulah. Susu cair. Secubit kuib ayam
3. Tumis bawang n Lada hitam dgn Majerin masukan tepung Dan air last kicap..kacau smpai pekat n tak terlalu cair. Last tapis buang bawang Lada hitam
Sumber : Najwa Bahira