Dapur

Resepi Semperit Cream Cheese Unicorn Warna-Warni, Mesti ‘Laku Keras’!

73
SHARES

Perkongsian resepi seperti semua sedia maklum amat banyak dan setiap hari ada sahaja resepi baharu yang dikongsi. Ini membuatkan semua orang tidak akan kering idea untuk masak apa sahaja, anda hanya boleh Google atau hanya cari di laman media sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram. Lebih lebih lagi ketika Ramadhan ini, semua orang semakin rancak berkongsi resepi juadah mereka.

Tidak terkecuali yang berkongsi resepi resepi biskut buat hidangan raya. Ini kerana tidak lama lagi bulan Syawal bakal menjelma dan pastinya orang ramai sedang mencari biskut raya dan ada juga yang ingin mencuba buatnya sendiri dirumah. Yusliana Amoy telah berkongsi resepi biskut Semperit Cream Cheese melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang sesuai buat semua. Apa yang lebih menarik, warna semperit tersebut adalah warna unicorn! Pasti disukai oleh kanak kanak.

Resepi Semperit Cream Cheese

First time buat hari tu asalnya saja saja untuk makan sendiri. Tapi jadi sumber pendapatan pula pada musim PKP ni. Alhamdulillah.
Saya share resepi.

Semperit Cream Cheese

– 250 butter cup

– 1/2 tin susu pekat

– 5Og cream cheese tatura

Sebatikan bahan diatas. Tak perlu pakai mixer.
Pastu masukkan..

– 400g tepung jagung

– 3 sudu tepung kastad

– 1 sudu esen vanila

– Pewarna ikut suka.

– Utk dapatkan warna warni..asingkn 3 bahagian utk letak pewarna..masa nak tekan campurkn tiga2 warna.

– Saya guna acuan tembaga saiz 13 .

– Sekali adunan dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu .

Selamat mencuba!

Sumber : Yusliana Amoy

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×