Dapur

Resepi Sambal Hitam Belimbing Pahang Viral, 30 Minit Dah Siap Tapi Rasa ‘Marvelous’!

162
SHARES

Sebut sahaja sambal hitam, pasti kita terbayang keenakan sambal belimbing yang pedas dimakan bersama nasi bukan? Sambal hitam yang terkenal dari negeri Pahang ini sering mendapat permintaan ramai namun sukar untuk kita temui di pasaran. Hal ini kerana cara untuk memasaknya juga dikatakan agak agak rumit bagi mendapatkan tekstur yang sama seperti apa yang anda makan di negeri Pahang.

Namun, terdapat perkongsian di laman Facebook dimana wanita ini berkongsikan resepi sambal hitam belimbing yang boleh siap dimasak dalam masa 30 minit sahaja! Apa yang pasti, rasanya pun sedap dan setanding dengan masakan orang-orang tua.

BAHAN-BAHAN SAMBAL HITAM BELIMBING PAHANG

-Cili api

-Cili besar

-Belimbing

-Bawang besar

-Ikan bilis

CARA-CARANYA

1.Panaskan minyak dulu korg.. supaya bahan-bahan tadi tak lama merenang dalam kuali tu.

2.Minyak panas je masukkan bawang besar dan ikan bilis yang diblender kasar.. tumis sampai agak kekeringan.

3.Blend cili dan belimbing tadi, takyah blend halus sangat.

4.Bila bawang dan ikan bilis dah hampir kering masukkan cili yang dah blend tadi..

5.Kacau lagi, bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa garam sedikit.

6.Taraaa!.. dah siap.. dia punya rasa memangg marvelous.. yang ni tahan lebih lama daripada kita rebus dulu belimbing tu.. lagi satu kenapa mummy buat mcm ni je simple, sebab kalau kita rebus belimbing tu, biasanya kuali kita akan rosak.. tapi kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.

*Makan dengan nasi panas-panas memang sedap!

Sumber: Habib Izzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×