Dapur

Resepi Sago Gula Melaka Ekspres Guna 3 Bahan, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk!

3.2K
SHARES

Sudah hampir sebulan kita berada di dalam rumah, dah bermacam-macam resepi sudah dicuba dari menu utama sehinggalah ke pencuci mulut. Tetapi, ada satu pencuci mulut yang menjadi kegemaran orang ramai sejak dahulu lagi iaitu sago gula melaka. Tetapi, resepi sago gula melaka yang dikongsikan ini lebih simple dan lebih cepat! Macam mana nak buat, jom kita tengok resepinya!

SAGO GULA MELAKA SIMPLE, BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

Rasanya la kan antara dessert glemer time pkp ne. Hehehe. Nak abiskan pkp lagi 3 minggu mau bermacam. Kaler dia keluar lgi nanti. Hehe. Sapa dah buat meh tepek gambaaa. Saya makan dengan susu full cream and guna gula melaka teapot ne. Memang sedap gilaaaaa.

-Sago

-Susu full cream

-Gula melaka Teapot

1. Masak dahulu sagu tersebut, ikut kepada kesukaan anda nak buat warna apa.

2. Kemudian, tuang susu dan gula melaka sedikit bersama sagu. Boleh makan terus!

3. Letak dalam peti sejuk dahulu lagi sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Shiha Sazali

Most Popular

To Top
×