Dapur

Resepi Roti Telur Sardin Paling Mudah Dan Sedap. Gerenti Kejap Je Habis Sebuku

39.2K
SHARES
Resepi roti telur sardin viral

Letih juga nak fikir idea sarapan dan minum petang kan? Kalau boleh nak yang simple-simple aja.

Apa kata kita buat resepi roti telur sardin viral ni.

Dahlah mudah, cepat, sedap pulak hasilnya… Rugi tak cuba tau!

Bagi yang tak pernah cuba, bolehlah tengok bahan dan cara membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Zur Ain Salim dekat bawah ni. Mudah sangat.

Resepi Roti Telur Sardin Viral Paling Mudah, Sedap & Cepat

Bahan bahan :

  • 1 tin kecil sardin
  • ½ biji bawang holland*
  • 3 batang cili padi*
  • Sedikit daun sup & daun bawang*
  • Garam
  • Lada hitam (saya tukar lada sulah )
  • 3-4biji telur
  • Roti keping

Cara cara :

1. Hancurkan Sardin

Mula-mula kita keluarkan ikan sardin dalam tin tu. Boleh ambil sos dia sikit.

Lenyekkan dalam mangkuk.

2. Cincang Bahan

Kemudian cincang bahan yang bertanda* (bawang holland, cilipadi, daun sup dan daun bawang).

Kalau suka pedas bolehlah lebihkan cili.

Kalau nak buat untuk anak, asingkan cili tu.

Resepi roti telur sardin viral

3. Gaulkan Semua Bahan

Seterusnya kita gaulkan bahan cincang tadi dengan ikan sardin yang telah dilenyek.

Tambahkan telur, sedikit garam dan kacau sampai sebati.

4. Potong & Celup Roti

Ambil roti keping dan potong ikut saiz yang kita suka.

Nanti kita nak celup roti dalam bancuhan sardin yang telah dicampur dengan semua bahan tadi.

Resepi roti telur sardin viral

5. Goreng

Macam biasa, panaskan sedikit minyak atas kuali leper.

Lepas tu gorenglah roti yang dah dicelup tadi. Macam buat roti telur biasa tulah…

Cuma ada tambah sardin, cili, bawang, daun sup dan daun bawang. Mudah kan?

Siap!

Sekejap je dah siap… Nilah hasilnya. Memang sedap makan panas-panas.

Yang bawah ni pulak versi anak-anak punya, tak ada cili.

Makan pulak dengan kopi atau teh. Lagi layan! Confirm roti sebuku kejap je licin kalau buat untuk 1 famili.

Puas hati makan ramai-ramai.

Jadi, apa tunggu lagi. Yang tak pernah cuba tu kena try tau!

*Resepi roti telur sardin viral ini dikongsikan oleh Puan Zur Ain Salim menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×