“Musim-musim PKP ni hampir tiap-tiap hari dah memasak sampai dah tak tahu nak masak apa…”
Haa, mesti ramai mengeluh macam ni kan sebab dah rasa kering idea nak sediakan makanan untuk famili dekat rumah yang asyik lapar tu. (Termasuklah kita sekali.)
Terbaru, resepi Roti Pataya menjadi perhatian netizen dengan cara olahan yang cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan.
Roti Pataya ni lebih kurang macam nasi goreng Pattaya lah, di mana nasinya dibungkus dengan telur. Cuma dalam kes ni, rotinya yang dibungkus dengan telur. Lepas tu bubuh pulak inti dekat dalam roti tu. Fuh, nampak sedap betul!
Jom tengok cara buat Roti Pataya oleh Nurul Ab Aziz ini. Tak susah pun, 3 bahan je tau!
Resepi Roti Pataya 3 Bahan
Memandangkan waktu PKP ni ramai yang baru belajar ke dapur, atau ada yang dah tak ada idea nak masak apa… Jom kita buat Resepi Roti Pataya 3 bahan sahaja guys!
Bahan-bahannya:
- Roti 2 keping
- Sardin
- Telur 2 biji
Cara-cara
Roti guna 2 keping je makan dua orang boleh kenyang. Ada bahan jalannn. Takde roti tu buat le sendiri. Ada rezeki ada laa. Simple.
1. Patayakan Telur
Mula-mula kita pecah telur dalam mangkuk dan kacau guna garfu.
Lepas tu panaskan kuali biasa atau non-stick pan, bubuh minyak sikit. Tuang telur tu dan bagi rata macam ni.
2. Bubuh Roti & Sardin
Kemudian ambil roti bubuh atas telur. Atas roti tu bubuhlah sardin.
Nak buat versi basah sikit pun boleh. Letaklah sardin bersama sedikit sos kuahnya. Letak mayonis.
Kalau suka nak bubuh cheese tu bolehlah jugak, optional kalau ada dan kalau korang suka.
Saya punya versi sederhana je, kebetulan memang masak sardin so saya ambil 2 ekor sardin yang dah masak / diperasakan dan tambah sedikit bawang merah + cili + sos cili.
3. Tutup Dengan Sekeping Roti
Kemudian ambil sekeping lagi roti dan tutup di atasnya. Macam buat sandwich tu.
4. Lipat Telur
Seterusnya lipatkan telur tu bagi dia jadi pattaya.
Nanti jadilah bentuk segiempat macam ni. Lepastu terbalikkan kejap dan angkat.
5. Siap!
Taraa! Dah siap bolehlah belah tengah dia dan hidang. Atas tu bubuh sos atau mayonis ikut suka.
Kalau nak terus letak mayonis dan sos dalam tu pun boleh.
P/S: Kalau tak suka sardin, nak ganti sardin dengan Tuna, serunding atau apa-apalah ikut kreativiti dan bahan yang ada dekat rumah. Asalkan jangan membazir ok.
Simple Tapi Confirm Sedap & Kenyang
Bolehlah buat kudapan petang-petang kan?
Ok selamat mencuba dan jangan lupa terus kekal positif.
Yang penting, teruskan kekal di rumah. Sambil tu bolehlah cuba resepi-resepi baru macam roti pataya ni.
*Resepi roti pattaya ini dikongsikan oleh Nurul Ab Aziz menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh terus rujuk post asal beliau di SINI.