Dapur

Resepi Doh Pizza Hanya Guna 2 Bahan, Memang Gebu Macam Di Kedai!

2K
SHARES

Pizza merupakan antara makanan segera yang mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan sahaja didatangkan dengan pelbagai rasa malah menu ini juga sangat mengenyangkan. Namun, harga pizza yang dijual di luar boleh dikatakan agak mahal untuk dimakan bersama keluarga yang ramai. Jadi, salah satu caranya adalah dengan buat doh pizza sendiri hanya dengan guna 2 bahan sahaja!

PIZZA DOH 2 BAHAN

Preparation: 10 minit
Bake : 12 minit

Saya kongsikan cara buat pizza doh guna 2 bahan. Hanya TEPUNG dan GREEK YOGURT.

BAHAN-BAHAN

1 1/2 cawan Tepung

1 cawan Greek Yogurt

CARA MEMBUATNYA

1.Gaulkan tepung dan yogurt hingga sebati dan tak melekat di tangan.

2. Taburkan sedikit tepung di pelantar bersih untuk menguli doh.

3. Dengan rolling pin atau tangan sahaja pon boleh.. rolled bulat nipis atau setebal yang diinginkan. Roll di atas baking paper, lebih mudah untuk letak atas baking tray nanti.

TOPPING

1. Gunakan apa yang anda gemari yang ada dalam fridge. Pizza saya ni layer pertama ialah tomato sauce, cebisan salmon dan tuna (lebihan sashimi dinner malam tadi), yellow pepper, smoked paprika, spinach dan sebanyaknya cheese.

2. Bakar pada suhu 190 degrees (mine is fan forced oven) selama 10-12 minit. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

Siap!

NOTA

Sepanjang guna resipi mudah buat pizza ni.. samada tepung gandum unbleached, tepung naik sendiri mahupun tepung free from gluten boleh digunakan. Takda masalah.

Cuma bezanya doh tepung gandum jadikan pizza lebih rangup dan garing. Tepung naik sendiri pizza jadi agak lembut gebu. Tepung wholemeal pon sedap juga. Ikut la mana-mana stok kat pantry tu ya. Jangan susah-susah.

Sumber : Emanuel Koknga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×