Dapur

Buat Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Payah Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

415
SHARES

Nampaknya roti buku permintaan tinggi sepanjang proses PKP masih dijalankan. Mana tidaknya, sudah ramai dalam kalangan kita yang makin bosan menjamu nasi setiap hari, jadi roti menjadi pilihan kedua. Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan resepi roti ini mengikut kreativiti sendiri. Tapi, macam mana kalau roti dah sold out? Selain itu, bagaimana kalau ada anak-anak yang alergik dengan telur?

Jadi, apa kata kita buat sendiri roti tawar atau roti loaf ini di rumah. Walaupun tanpa guna telur, mixer atau breadmaker, masih boleh gebu macam di kedai tau!

Eggless Bread untuk seisi keluarga

Hanya 5 Bahan, Tanpa Guna mixer atau Breadmaker. Apa yang lain adalah:

– Madu asli menggantikan Gula , kerana untuk yis hidup dan bereaksi memerlukan gula. Jadi ummi tukar kepada madu.

– Diingatkan susu mesti suam untuk dicampurkan bersama yis. Air tak boleh panas, yis akan mati.

– Ingin hasilkan doh yang elastik perlu uli 15minit..perap 45 minit. Bentukkan roti, perap lagi 30-45minit dan bakar!

BAHAN BAHAN

– 3cup Tepung Gandum (unbleached)

– 1 cup susu fullcream/freshmilk suam kuku

– Yis 11gram (1paket)

– Unsalted butter 1 sudu besar

– Madu asli 3 sudu besar

CARA-CARA

1. Susu, madu dan yis digaulkan bersama. Kacau sampai berbuih.

2. Kemudian masukkan tepung dan tuang bancuhan tadi.

3. Masukkan butter. Uli sehingga menjadi doh.

4.Biarkan selama 45 minit kemudian baru masukkan dalam acuan pembakar roti.

5.Sebelum bakar, sapukan minyak zaitun dahulu kemudian bakar menggunakan suhu 20o’C selama 35 minit.

6.Siap!

*Selamat mencuba!

Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×