Dah buntu nak makan roti bakar sapu jem?
Jomlah cuba buat roti bakar pisang yang dikongsikan oleh Siti Nur Baini ni.
Makan santai-santai memang sedap… Cara nak buatnya pun senanglah sangat.
Sekali pandang macam pizza Domino’s Banana Kaya tu kan? Tapi dalam resepi ni simple dan guna gula saja.
Kalau nak olah boleh tambah apa-apa lagi bahan yang kita suka.
Jadi jangan buang masa, jom kita tengok resepi roti pisang ni selengkapnya.
Resepi Roti Bakar Pisang Simple & Sedap Ala Banana Kaya
Bahan-bahan
- Marjerin Planta / butter
- Telur
- Pisang
- Gula / Kaya
- Roti
Cara-cara
1. Sapu Marjerin
Mula-mula kita sapu planta / butter di kedua-dua permukaan depan dan belakang roti.
2. Sapu Telur
Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau.
Sapu telur di bahagian depan roti sahaja.
3. Susun Pisang
Seterusnya ambil pisang masak dan hiriskan.
Lepas tu susun pisang seperti dalam gambar.
4. Sapu Telur Sekali Lagi
Sapu telur sekali lagi.
5. Tabur Gula
Sebelum bakar kita tabur gula sikit atas roti.
Kalau nak tambah lain-lain bahan contohnya coklat, cheese atau kaya bolehlah ikut kreativiti dan tekak masing-masing.
Yang tak suka manis pun boleh buat versi tanpa gula dan sebagainya.
6. Bakar
Akhir sekali kita bakar.
Saya buat suhu 175 slama 20 minit.
Siap!
Simple kan?
Kalau ada roti dan pisang dekat rumah nanti bolehlah buat resepi roti pisang ni.
Memang simple tapi sedap sangat.
Paling best makan panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan sejuk-sejuk ni. Sambil minum teh atau kopi… Fuh!
Sesekali tukar selera pulak sebab selalunya kita buat pisang ni jadi goreng pisang, cucur pisang atau lempeng pisang je kan?
Jangan tak cuba ya.
*Resepi roti bakar pisang oleh Siti Nur Baini ini dikongsikan dengan kebenaran. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi roti pisang ni, sila rujuk posting asal di SINI.