Dapur

Resepi Puding Mangga Susu Ala KFC. Kurang Manis, Lagi Sedap!

6.8K
SHARES

“Minggu depan ada potluck nak bawa apa pergi pejabat ye. Nak yang special tapi simple dan sedap… Hmm resepi puding mangga ni macam senang. Nampak pun menarik. Bolehlah cuba.”

Puding memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut di majlis-majlis. Selain menyejukkan tekak, ia juga tentunya akan memeriahkan lagi suasana dan menjadi pelengkap hidangan utama.

Kali ini kami nak kongsikan resepi puding mangga yang sedap dan sangat mudah dengan hanya menggunakan 3-4  bahan utama saja. Hasilnya pula sangat menarik, ala puding mangga KFC tapi lagi sedap!

Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi puding mangga oleh Puan Yang Ku Rodzmah ini.

Resepi Puding Mangga Susu Ala KFC. Kurang Manis Lagi Sedap!

Hari tu ada orang share resepi dadih susu yang viral.

Saya pun dah cuba, tapi di atasnya saya letak topping buah mangga potong dan Sunquick mangga. Wow tak sangka, memang ‘terangkat’ habis!

Serius sedap makan sejuk-sejuk. Rasanya ala puding mangga yang dijual di KFC. Mungkin lagi sedap lagi sebab kita boleh olah ikut citarasa sendiri dan pakai pula bahan yang segar. Dah tentulah lagi uummpph hasilnya.

Ini saya sertakan bahan yang saya gunakan dan cara membuatnya langkah demi langkah.

Bahan-bahan

  • 1 liter air masak / air tapis
  • Agar-agar tali 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian saja)
  • Susu kotak full cream 1 liter
  • Gula
  • Garam
  • Buah mangga segar dipotong dadu
  • Sunquick mangga

Cara-cara

1. Masak Agar-agar Tali

Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.

Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.

 

2. Tuangkan Susu Full Cream

Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter.

Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.

3. Isi Dalam Bekas

Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.

4. Letak Topping

Untuk topping tu saya cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja.

Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.

Resepi puding mangga

Dah Siap, Beginilah Hasilnya

Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.

Resepi puding mangga

Gabungan rasa susu dan mangga yang masam-masam manis memang sangat menyegarkan. Teksturnya pun lembut je, terus meluncur dalam mulut!

Serius sedap, lagi-lagi kalau makan sejuk-sejuk masa baru keluar peti.

Rugi tak cuba resepi puding mangga susu yang simple sangat ni. Bahan-bahan pun mudah cari kan?

*Resepi puding mangga susu ini dikongsikan oleh Puan Yang Ku Rodzmah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×