Dapur

Nampak Macam Kuih Lapis, Rupanya Resepi Puding 3 Layer Guna Biskut. Menarik!

100.5K
SHARES

“Minum petang nak sediakan menu apa ye. Yang penting sedap dan mudah…”

Kuih lapis merupakan antara juadah kuih tradisional yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, anda sebenarnya dapat mempelbagaikan resipi kuih lapis ini dengan membuat juadah pemanis mulut pula.

Mungkin ramai akan keliru dengan resipi ini beranggapan bahawa ia merupakan resipi kuih lapis, tetapi sebenarnya ia merupakan resipi puding 3 lapis menggunakan 3 bahan yang berbeza. Menarik kan? Kalau nak tahu macam mana nak buat, jom ikut resipi ini.

Resepi Puding 3 Layer Macam Kuih Lapis

Sekali tgk mcm kuih lapis..Dua kali tgk pun mcm kuih lapis.. Tiga kali tgk pun serupa kuih lapis.. Tapi ni bukan kuih lapis..
Ini puding tau..Puding 3 bahan.. Nak buatnya pun mudah.. Dah siap ni.. kte potong2 masuk dalam bekas dan sejukkan..
Esok pagi sambung makan lagi..

24 keping biskut krim kraker

4 biji telur

1/2 cwn susu pekat

Kukus macam biasa.

1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang

2.Toskan

3.Masukkan semua bahan dalam blender

4.Blender halus

1. Bahagikan 3 warna (mula-mula kita nak buat warna warni.. tapi ada 2 warna je kat dapur.. layann)

2. Tuang warna pertama.. kukus 5 minit..

3.Lapiskan lagi sampai habis..

4.Yang last kukus lagi 10 minit

5. Siap dah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×