Pelbagai ragam manusia boleh kita lihat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung. Semestinya aktiviti memasak adalah aktiviti utama yang dilakukan oleh pelbagai lapisan umur, malahan pelbagai resepi baru yang muncul sepanjang PKP ini berlangsung.
Hari ini, kita akan tunjukkan pula satu resepi baru yang mudah dibuat dan sesuai untuk dihidangkan ketika minum petang. Resepi Portuguese Egg Tart versi melayu yang dikongsikan oleh Miez Aaira ini sangat menyelerakan dan sesuai untuk semua.
Resepi Portuguese Egg Tart
Bahan A
– 2 keping puff pastry ready made
– 16 foil cup saiz biasa
Bahan B
– 250 ml susu full cream
– 150 ml air
– 120 gm gula kastor
– 4 biji telur gred A/B
– 1 sb tepung custard
– 1 sk esen vanilla
Cara Cara Memasak
Step 1 : Blend/mix kesemua bahan B hingga sebati. Tapiskan
Step 2 : Gulung puff pastry seperti dalam gambar dan potong pastry kepada 8 bahagian
Step 3 : Canaikan manja kulit pastry, jangan nipis sangat dan masukkan pastry ke dalam cup, tekan tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Cikgu pesan orang perempuan buat kerja kena kemas. Lebihan yang terkeluar dari cup tu potong. Bila bakar nanti kulit pastry mengembang. So, tak ada laa nampak comot
Step 4 : Tuangkan bahan B ke dalam foil cup. 85% ja jangan penuh nanti melimpah pula
Step 5 : Panaskan oven terlebih dahulu
Bakarkan pada suhu 200 degree selama 30-40 minit
Dah siap. Hitam hitam dipermukaan tart tu bukan hangit tau, tu signature burn untuk Portuguese Egg Tart. Baru laaa nampak sexyy.
Makan panas panas sedap!!
Itu dia resepi egg tart yang mudah dan ringkas. Jika anda ingin merasakan sedikit kelainan untuk menu petang anda. Boleh cuba resipi ini di rumah. Selamat mencuba.
Sumber : Miez Aaira