Dapur

Resepi Popia Vietnam Paling Simple Tapi Sedap & Sihat. Siapa Tak Makan Sayur Pun Mesti Suka!

804
SHARES

“Susah pulak nak cari orang jual popia Vietnam masa tengah mengidam ni. Nak kena buat sendirilah nampaknya. Susah tak agaknya ye?”

Vietnamese spring roll atau goi cuon merupakan salah sejenis appetizer (pembuka selera) yang berasal semakin popular di Malaysia. Apa yang membezakannya dengan popia yang biasa kita makan di sini adalah bahan-bahannya seperti udang, ketam dan sayuran semuanya dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan rice paper.

Seolah-olah memakan salad, anda pasti tak sangka betapa sedapnya popia Vietnam ini. Bahkan, orang yang tak suka sayur pun boleh terpikat. Tambahan pula apabila dicicah dengan sosnya yang power!

Jadi, tak perlu lagi terbang ke negara Vietnam. Jom kita buat sendiri popia Vietnam yang sihat ini dengan resepi yang disumbangkan oleh Puan Saleha Rahman.

Resepi Popia Vietnam Paling Simple Tapi Sihat & Sedap

Berikut adalah cara membuat popia Vietnam yang sangat mudah.

Bahan Untuk Popia

  • Kulit popia Vietnam / rice paper (Boleh dibeli di pasar raya Tesco, Giant, dll)
  • Udang
  • Isi ketam
  • Sawi Jepun / salad / apa-apa sayur kegemaran
  • Lobak merah
  • Bihun / Soo hoon yang telah dilembutkan (Saya tak pakai)
  • Bijan

Bahan Untuk Sos

  • Sedikit cili sos biasa
  • 1 sudu besar jus oren (Saya guna Sunquick)
  • 3 titik minyak bijan
  • Sedikit air panas
  • 1 sudu kecil bijan yang telah disangai
  • Daun ketumbar dihiris halus

Cara-cara

1. Rebus Udang & Isi Ketam

Selepas semua bahan dah disediakan, rebus udang dan isi ketam dalam periuk hingga masak.

Letakkan sedikit garam dan toskan.

2. Celur Sayur

Seterusnya celurkan sayuran sekejap. Bagi yang lebih suka nak makan fresh, tak celur pun tak apa asalkan guna sayuran yang sesuai dimakan terus.

3. Sediakan Kulit Popia

Kalau nak sediakan kulit popia ni senang saja. Mula-mula, masukkkan air masak ke dalam dulang. Celupkan kulit popia tadi ke dalam dulang tadi, kemudian angkat dan bentangkan dalam pinggan leper / dulang.

resepi popia vietnam

resepi popia vietnam

resepi popia vietnam

4. Gulungkan Bersama Isi

Bubuh isi agak-agak banyak mana yang boleh digulung dan gulungkan segera seperti kuih dadar / popia biasa.

resepi popia vietnam

5. Sediakan Sos

Akhir sekali, sediakan sos untuk dicicah bersama popia.

Caranya mudah. Ambil semua bahan yang disenaraikan di atas dan kacaukan hingga sebati.

6. Siap!

Sediakan pinggan untuk sosnya dan dah boleh dihidangkan bersama popia Vietnam.

resepi popia vietnam

Intinya Boleh Diubah Ikut Citarasa Tersendiri

Memang mudah cara membuat popia Vietnam ini. Rasanya cukup segar apabila dinikmati dengan sos. Siapa yang sebelum ini tak suka sayur pun mesti akan suka juga makan popia ini.

Ia juga merupakan pilihan hidangan yang amat sihat bagi anda yang ingin berdiet.

Kalau nak tukar-tukar selera, boleh ubah intinya ikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

 

* Resepi Popia Vietnam ini disumbangkan oleh Puan Saleha Rahman. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×