Dapur

Cara Buat Nasi Impit Homemade Tanpa Plastik. Guna Rice Cooker Je

6.4K
SHARES

“Banyak jugak cara buat nasi impit yang orang share kat FB. Tapi kebanyakannya pakai plastik. Kat rumah ni bukannya ada plastik-plastik tu. Hmmm… Agaknya mesti ada resepi nasi impit tanpa plastik yang mudah.”

Asyik makan nasi biasa je, sesekali tukar selera makan nasi impit memang seronok. Boleh makan dengan kuah kacang, sayur lodeh, serunding, sambal dan macam-macam lagi.

Sekarang ni dah banyak cara buat nasi impit yang dikongsikan. Antara yang popular termasuklah yang menggunakan plastik aiskrim.

Bagi sesetengah, cara ini mungkin kurang digemari sebab tindakan merebus plastik pada suhu tinggi dianggap boleh membahayakan kesihatan.

Kalau nak lebih selamat dan mudah, apa kata cuba cara yang ditunjukkan oleh Puan Norfadilah Ibrahim ini.

Resepi Nasi Impit Tanpa Plastik, Guna Rice Cooker Pun Jadi!

Sebenarnya mak-mak kita dulu dah lama guna teknik ini untuk buat nasi impit.

Cuma mungkin bila ada pilihan untuk beli nasi impit instant, cara ini semakin dilupakan.

Tapi kalau ramai tahu betapa simplenya cara ni, mesti dah tak beli lagi nasi impit instant tu!

Jadi jangan tunggu lagi, jom tengok bahan dan caranya di bawah.

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air

*Nisbah nasi impit dengan air adalah 1:3, iaitu 1 cawan beras kepada 3 cawan air. Boleh gandakan atau kurangkan ikut keperluan.

Cara-cara

1. Masak Nasi

Mula-mula, tanak nasi sampai masak.

Tak kisahlah nak guna periuk biasa atau periuk elektrik / rice cooker. Asalkan nasi dapat masak sepenuhnya.

Sesekali kacau bagi rata dan tak berkerak.

2. Lenyekkan Nasi

Bila nasi dah masak, terus lenyekkan sikit nasi tu dengan cawan atau senduk.

Pastikan nasi cukup lembek. Kalau tak cukup lembek boleh tambah sikit air panas.

3. Tuangkan Ke Dalam Bekas

Nasi lembek yang dah dilenyek tu bolehlah dituangkan ke dalam loyang / dulang.

Kalau tak ada dulang macam ni, boleh juga guna bekas tupperware atau apa-apa bekas lain yang sewaktu dengannya.

4. Padatkan

Kemudian, padat-padatkan nasi dalam loyang atau bekas tadi dan ratakan bagi elok.

5. Tindih

Akhir sekali, tindihkan dengan bahan berat dan biarkan ia mengeras sekejap.

Saya tutup dengan plastik supaya nasi tak melekat. Kalau ada daun pisang lagi bagus. Lagi wangi bau dia.

Nak bagi padat, saya tindih pulak guna lesung batu dan papan potong macam ni.

Biarkan sekejap sampai ia sejuk dan keras.

Resepi nasi impit

Siap!

Bila dah siap tu, beginilah hasilnya.

Sekarang dah bolehlah makan dengan sambal, kari, lodeh dan sebagainya.

Memang mudah sangat kan?

Resepi nasi impit tanpa plastik

Tak perlu pakai plastik pun boleh buat nasi impit dengan mudah.

Selamat mencuba!

 

*Resepi nasi impit tanpa plastik ini  dikongsikan oleh Puan Norfadilah Ibrahim menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×