Dapur

Resepi Nasi Goreng Cina Simple Tapi Sedap. Anak-anak Mesti Suka!

RESEPI NASI GORENG CINA SEDAP & MUDAH! MUDAH JE NAK BUAT….

Pernah tak makan nasi goreng Cina?

Selalunya nasi goreng ni kita orderkan untuk anak-anak di kedai / restoran.

Nasi goreng cina biasanya tak pedas dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja, sesuailah untuk anak-anak yang tak suka ada banyak ‘bahan asing’ dalam nasi tu kan?

Cara nak masak nasi goreng Cina ni mudah sangat… Tapi memang ‘laku’ kalau buat dekat rumah!

Baca juga: Cara Masak Beras Parboiled, Elok Untuk Diet & Kencing Manis. Tak Mudah Basi!

Jom cuba resepi nasi goreng Cina yang dikongsikan oleh Har Ryea di Facebook ini.

Mudah sangat.

Resepi Nasi Goreng Cina Mudah & Sedap. Anak-anak Mesti Suka!

Simple je cara buat nasi goreng Cina di rumah.

Memang tak pedas, anak-anak pun suka.

Jom tengok bahan-bahan dan resepi nasi goreng cina di bawah:

Bahan-bahan 

  • Nasi
  • Bawang Putih – 5 ulas besar (ketuk-ketuk dengan anak lesung lepas tu cincang halus)
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 @ 3 sudu besar
  • Minyak Bijan – 1 @ 2 sdb
  • Udang Hidup
  • Telur – 4 @ 5 biji
  • Sayur campur – 1 mangkuk
    *(Bahan2 brgantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya, tambah juga bahan-bahan yang lain)

Resepi nasi goreng cina

 

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih smpai naik bau dan garing sikit.

2. Masukkan udang, biarkan masak skejap.

resepi nasi goreng cina

3. Ketepikan udang, masukkan telur.

Kemudian kecilkan api sikit untuk telur masak elok.

Resepi nasi goreng cina

Lepas tu pecah-pecahkan telur tu.

Resepi nasi goreng cina

4. Masukkan nasi & sayur campur.

Gaul rata

5. Pastu taburkan Maggi Cukup Rasa..kacau skejap..

Resepi nasi goreng cina

6. Masukkn Minyak Bjian & kacau lagi.

Resepi nasi goreng cina

7. Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa @ minyak bijan.

Terpulanglah ikut citarasa masing-masing ya.

Resepi nasi goreng cina simple sedap

8. Alhamdulillah siap.

Mudah kan?

Mana yang suka pedas bolehlah tambah cili, atau kalau anak alergik dengan makanan laut boleh juga nak ganti udang dengan ayam / fishcake.

Selamat mencuba!

*Sumber pautan asal :  Facebook Har Ryea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×