Dapur

Cara Masak Beras Parboiled, Elok Untuk Diet & Kencing Manis. Tak Mudah Basi!

516
SHARES
Cara masak beras parboiled

Mungkin ramai antara kita pernah dengar tentang beras parboiled kan? Tapi tahukah anda bagaimana cara masak beras parboiled?

Beras ini biasanya dikaitkan dengan GI yang rendah dan dikatakan baik untuk kesihatan.

Bagi yang belum tahu tentang beras parboiled, di sini kami kongsikan sedikit info tentang beras parboiled dari laman web Root Of Science .

Apakah Beras Parboiled?

Beras rebus atau bahasa inggeris nya dipanggil ‘Parboiled Rice’ ialah beras yang direbus dahulu bersama sabutnya sebelum diteruskan dengan proses pengasingan.

Beras rebus ini agak berbeza sedikit dari segi kriteria dan khasiatnya berbanding dengan beras putih.

Kebanyakan orang memanggil beras ini sebagai ‘beras kurang kanji’ dek kerana teksturnya yang berderai dan rasa yang agak kurang berlemak berbanding beras putih.

Umum juga tahu bahawa selain beras perang atau Brown Rice’, beras parboiled ini juga disyorkan bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Khasiat Beras Parboiled

Apa yang membezakan beras putih dengan beras rebus ialah proses penghasilan dan nutrisi di dalamnya. Terdapat proses tambahan dalam menghasilkan beras rebus. Tidak seperti beras putih, proses pengasingan beras mentah diteruskan sebaik saja proses pembuangan kulit padi selesai.

Antara khasiat beras parboiled adalah:

  1. Membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya dalam kalangan pesakit kencing manis.
  2. Membantu kesihatan usus dan sumber prebiotik
  3. Sumber alternatif kepada beras putih

Cara Masak Beras Parboiled Menjadi Cantik, Elok Kejadiannya

Sebenarnya ada beberapa cara memasak beras parboiled ini, ia juga dipaparkan pada pek beras.

Di sini kami tunjukkan cara masak beras parboiled yang dikongsikan oleh Harum Wangi di Facebook.

Jom tengok perkongsian beliau selanjutnya di bawah:

Saja share cara masak beras PARBOILED ni.

Ini pek trial yang saya dapat dari pemberian orang. Hari tu dah guna 1 pek masak nasi minyak. Sengaja tukar selera makan nasi putih guna beras ni.

1 pek ni cukup untuk 5 orang makan. Jika bertambah pun masih cukup bagi kami.
Pada setiap gambar ada keterangan ya.

CARA MASAK BERAS PARBOILED (STAIL SAYA)

1. Rendam

Beras ni dah rendam lebih kurang 10 minit dan toskan.

Pek 450gm.

2. Didihkan Air

Didihkan air bersama sedikit garam halus. Sukatan 1:1 cawan.

Jika nak lebihkan sikit je dalam suku cawan. Tapi jika kita dah rendam beras dan didihkan air tak perlu lebihkan sangat.

Memadai ikut sukatan pada pek beras.

Lepas rendam, tekstur beras ni dah rasa lembut berbanding sebelum rendam.

Seeloknya didihkan air baru masuk beras. insha’Allah, cantik kejadiaannya…

3. Masak Beras

Masukkan beras tadi.

cara masak beras parboiled

Tutup & biarkan ia masak.

cara masak beras parboiled

Tadaaa… Dah masak! Sengaja letak daun pandan. Semerbak bau 1 rumah.

Masih baru masak, biarkan dlm 5-10 minit baru gemburkan.

Tapi gembur ambil bahagian tepi tolak ke tengah supaya beras tak patah / hancur. Seeloknya guna garfu je.

Jangan gembur sepenuhnya, cukup sekadar gembur-gembur manja dari tepi bawa ke tengah.

Boleh Ke Masak Beras Parboiled Macam Biasa Je?

Sedap ke makan beras parboiled ni?

Beras jenis parboiled ni mungkin rasanya tawar sedikit berbanding beras biasa.

Ada yang kata makan sikit dah rasa kenyang, tak muak atau sebu macam beras biasa.

Beras ni juga lambat basi. Rata-rata ramai yang selalu guna beras ni kata walaupun dah 2-3 hari pun masih elok walaupun tak simpan dalam peti ais.

Ramai peniaga nasi arab, nasi minyak pun suka pakai beras ni sebab cantik berkilat kejadian berasnya bila dah masak.

cara masak beras parboiled

Contoh masak nasi minyak guna beras parboiled

Selain itu, ramai juga mengamalkan makan beras parboiled ini untuk tujuan kesihatan.

Sebenarnya memang boleh juga kalau nak masak beras parboiled ni macam biasa. Terpulang pada citarasa masing-masing ok!

 

*Sumber asal: Harum Wangi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×