Dapur

Resepi Nasi Daging Paling Mudah Tapi ‘Power’. Kena Cuba!

51.6K
SHARES

Setiap kali tiba Hari Raya Aidil Adha, banyaklah daging yang akan tersimpan di rumah. Kadang-kadang jemu juga kalau asyik buat kari dan sup. Apa kata cuba resepi nasi daging oleh Puan Ica Ashida ini. Walaupun cukup simple tapi sangat special.

Sesuai untuk jamu tetamu pada hari-hari istimewa, terutamanya Hari Raya Korban nanti. Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ini.

Resepi Nasi Daging Yang Mudah Tapi ‘Power’

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah kurma – untuk 3 pot beras saya gunakan separuh paket rempah kurma
  • Rempah 4 sekawan –  kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
  • Daging direbus sehingga empuk
  • Minyak sapi –  saya guna 3 sudu penuh
  • Beras – beras biasa pun boleh, saya guna beras wangi 3 pot

Cara-cara

1. Rebus Daging

Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.

2. Basuh Beras

Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot dengan menggunakan sukatan bekas beras tupperware.

Saya guna beras wangi, nak guna beras biasa pun boleh. Kalau nak lagi sedap guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi baryani.

resepi nasi daging

3. Tumis Atas Kuali

Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi untuk menumis.

Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa. Bila dah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.

4. Pindahkan Ke Dalam Rice Cooker

Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker. 

Kemudian, masukkan daging yang telah direbus. Masukkan juga tomato. Saya tak gunakan susu cair ya.

5. Tambahkan Air Rebusan Daging

Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. Saya hanya gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras. Caranya macam nak masak nasi putih biasa saja.

Kalau guna beras Basmathi, kenalah ikut sukatan dia.

6. Siap!

Nasi daging telah siap dimasak. Memang ‘power’ kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tak nampak orang sebelah dah!

Cara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Oleh sebab ramai yang tanya, saya sertakan juga cara membuatnya di bawah ini.

Cara Buat Sambal Air Asam

Bahan-bahan 

  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

* semua bahan ini ditumbuk sehingga lumat

  • Lada merah
  • Tomato
  • Bawang besar

* semua bahan ini dihiris

Caranya: Bancuh air asam jawa, masukkan bahan yang ditumbuk. Kemudian masukkan bahan yang dihiris pula. Siap.

Mudahnya!

Tak payah tunggu Raya Haji pun boleh buat makan pada hari-hari biasa di rumah. Simple saja caranya, kan?

 

*Resepi nasi daging ini disumbangkan oleh Puan Ica Ashida menerusi Facebook beliau. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×