Dapur

Resepi Nasi Daging Paling Ekspres & Viral, Guna Kurma Tin Adabi Je!

125
SHARES
resepi nasi daging

RESEPI NASI DAGING

Ketika kita masih lagi dalam ‘mood’ perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti masih ramai dalam kalangan kita yang masih menerima kunjungan tetamu di rumah bukan? Dah bosan asyik sajikan ketupat, lemang dan rendang sahaja, apa kata anda sajikan pula menu nasi daging untuk mereka yang datang. Susah nak masak?

Jangan risau, berikut merupakan perkongsian resepi nasi daging paling ekspres dan viral hanya menggunakan kurma dalam tin sahaja. Memang padu!

Baca juga: Resepi Siakap Kengsom Macam Makan Di Thailand, Kuah Pekat, Masam & Pedas Kaw!

RESEPI NASI DAGING ADABI VIRAL

resepi nasi daging

-Tumis tomato yang didadu

-Tumis la sekali tiga sekawan

-Bawang besar,cabai hijau

-Tumis dengan planta,wangi

-Pastu tuang la kurma Daging Adabi ni

resepi nasi daging

1.Lepas tu ampa tuang la kuah ni dalam beras, kami tambah garam dengan kiub ayam dan daging rebus dalam ni..dan masaklah macam biasa.

2.Ni kami masak dua pot beras basmati bersamaan 3 pot air dan satu tin KURMA DAGING ADABI. Ni cara rajin sikit..agak malas ampa takyah tumis apa apa pun, tuang satu tin kurma daging ni dalam beras.

3.Konsep dia sama ja macam masak beriani kambing Adabi..yang pasti semua jenis lauk tin Adabi sedap!

Untuk air asam tu saya selalu buat gini ja:

-Potong nipis tomato dan bawang besar

-Pastu masukkan sambal belacan

-Pastu campur sikit air asam jawa Adabi dan belacan sikit, letak garam sikit dan sos tomato sikit. Gaul semua sekali.

-Kalau takda sambal belacan, ampa potong cabai melaka. Siap!

Sumber: Hidayah Terbilang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×