Dapur

Resepi Mudah Sos Pencicah Thai Serbaguna, Sedap Macam Dekat Kedai Thailand!

102
SHARES

Bila bercakap soal makanan, Thailand antara negara syurga makanan. Makanan disana sangat lah enak dan sedap. Lain pula di Malaysia, dimana ramai Malaysian lebih cenderung untuk mencari makanan berasaskan masakan Thai. Ini kerana masakan berasakan Thai dikatakan lebih sedap dari makanan biasa. Walaubagaimanapun, tidak semua resepi berasaskan Thai dapat dikongsi.

Antara yang sering mendapat perhatian apabila dikedai makan Thai ialah, sos pencicah yang dimakan bersama keropok juga ikan atau ayam. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, semua kedai masakan Thai telah diarahkan tutup dan bagi penggemar sos pencicah Thai ini mereka akan susah untuk mendapatkannya. Dengan keadaan sekarang dan di bulan Ramadhan yang mulia ini, pastinya banyak masa terluang untuk anda. Apa lagi, boleh lah cuba resepi Pencicah Thai hasil perkongsian oleh Siti Zubaidah Ibrahim. Buat sendiri dan boleh makan bila bila sahaja anda mahu.

Pencicah Thai Serbaguna

Pencicah thai ini merupakan atara sos yang sedap dan enak jika dicicah dengan keropok mahupun makanan lain.

Maaf kepada yang minta resepi untuk Pencicah Thai, tak sempat nak balas sorang sorang ni saya kongsikan untuk semua, yang ni saya buat untuk kuantiti yang banyak, senang masuk botol simpan dalam peti ais, nk makan ambil je

Bahan bahan yang diperlukan :

1) Bawang putih : 7-8 ulas

2) Cili : bergantung pada kepedasan masing masing

3) Akar pakchi @ketumbar

(smua diatas Tumbuk) saya guna chopper, sebab bnyak malas nak tumbuk

4) Limau nipis 6-7 biji

5) Sos ikan 2 1/2 sb

Cara cara membuat :

Pastu perah limau nipis , sos ikan, letak gula, garam sikit je sebab sos ikan dah masin dan perasa, (daun ketumbar potong potong gaulkn je, tak nak potong kalau nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tu) siapppp…

Nota : kalau pencicah tu pekat sangat, blh tmbah sedikit air suam

Boleh la untk jadikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yang telah di rebus atau Bakar.

Selamat Mencuba

Sumber : Siti Zubaidah Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×