Dapur

Resepi Mee Bandung Paling Simple Tapi ‘Power’. Rahsia Kuah Pekat Berlemak, Bubuh Kentang & Biskut Marie

77
SHARES
Resepi mee bandung

Kalau dah hari-hari asyik makan nasi, sesekali makan mee bandung best jugak.

Tapi, tak semua kedai makan ada jual mee bandung. Kalau ada pun, mungkin tak semualah yang sedap ikut tekak kita kan?

So, hari ini kami ingin kongsikan resepi mee bandung sedap dan simple oleh Puan Zana Mokhtar.

Bak kata beliau, resipi ni memang sekali makan tak boleh berhenti.

Suami dan anak-anak cukup bertambah-tambah makan mee bandung ni.

Nak buat tak susah mana pun…

Janji cukup bahan-bahan, boleh terus masak untuk menu tengah hari atau untuk makan malam.

Jom tengok resepi mee bandung power tapi cukup ringkas!

Resepi Mee Bandung Simple & Sedap

Bahan-bahan

Bahan-bahan untuk pes:

  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit biskut Marie

*Di blendkan kesemua bahan diatas dan tumiskan masak untuk di jadikan pes.

Bahan Bahan untuk Kuah:

  • Daging/ tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang yang dah digoreng – untuk pekatkan kuah

Cara-cara

1. Rebus Tulang Daging / Daging

Mula-mula kita rebuskan tulang daging/ daging bagi empuk dahulu.

Air rebusan tu kan jangan di buang sebab nak buat stok kuah nanti.

2. Tumis Pes

Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan yang kita dah buat pes tadi ye.

Biarkan seketika sehingga tumis pecah minyak.

3. Masukkan Tulang Daging / Daging

Selepas tu masukkan tulang daging/ daging yang kita dah rebuskan tadi.

Biar seketika bagi mesra selepas tu masukkan kesemua stok air daging tadi dan sedikit air.

Biarkan semesra daging tersebut.

Resepi mee bandung

4. Masukkan Kentang Yang Dah Digoreng & Dikisar

Lepas dah sebati semua daging tadi barulah masukkan kentang yang dah dikisar ke dalam kuah.

Tapi sebelum tu kentang tu di goreng dulu dan baru lah di kisarkan ye.

5. Masukkan Bahan-bahan Lain

Masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah tu ye.

Biar seketika masak dan akhir sekali masukkan sawi.

6. Perasakan

Akhir sekali perasakan ikut citarasa masing-masing.

Kemudian bolehlah celur mee dan hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, daun sup atau hirisan cili dan limau.

Selamat Mencuba!

Mudah je kan nak buat tu…

Moga ia memberi manfaat membantu mak mak dekat dapur tu kekeringan idea nak masak apa.

Boleh juga buat menu alternatif untuk open house atau potluck dekat pejabat atau family day.

Insha Allah sedap dan berbaloi-baloi makan ramai-ramai.

Cubalah!

[ Baca juga : Resepi Bihun Rebus Paling Mudah Tapi Sedap Macam Restoran! ]

[ Baca juga : Resepi Mee Hailam Paling Simple Tapi Serius Sedap Macam Kat Kedai ]

*Resepi mee bandung ini dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang resepi, sila rujuk posting asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×