Dapur

Resepi Bihun Rebus Paling Mudah Tapi Sedap Macam Restoran!

12K
SHARES

Sesekali teringin juga nak makan sesuatu yang simple je. Contohnya macam bihun rebus ni.

Walaupun mudah, tapi cukup dengan vitamin, protein dan karbohidrat. Sedap pulak tu! Sajian lengkaplah kiranya sebab ada sayur, telur dan dimasak dengan cara rebus.

Jom kita tengok resepi bihun rebus versi Terengganu yang dikongsikan oleh Puan Haniza Ishak di bawah ini.

Resepi Bihun Rebus Mudah & Sedap

Bahan kisar

  • *2 biji Bawang besar
  • *5 biji Bawang putih
  • *Halia sikit

Bahan-bahan lain

  • Isi ayam
  • Sayuran ikut suka
  • Lada hitam (tumbuk kasar @ serbuk)
  • Cili padi
  • Telur
  • Garam
  • Bihun / mee (nak celur dan letak asing pun boleh, atau nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh)

Cara-cara

1. Kisar & Tumis

Mula-mula, kisarkan bawang dan halia. Kalau nak lagi sedap boleh lebihkan sikit. Baru kuah tu rasa manis-manis dari bawang.

Inilah rahsia yang jadikan mee atau bihun rebus lebih sedap. Sebelum ni saya dah cuba tumbuk dan ternyata kalau kisar memang lagi sedap.

Ok seterusnya bila dah kisar, sediakan periuk dan tumiskan bahan kisar tadi.

2. Masukkan Air

Kemudian masukkan air ikut lebih kurang  banyak mana kita nak kuah.

3. Bubuh Isi Ayam & Bahan Lain

Seterusnya masukkan isi ayam.

Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam.

Biarkan sekejap dan bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.

4. Celur Bihun

Saya celur bihun asing daripada kuah. Sebabnya ada yang nak makan lambat.

Kalau nak masukkan siap-siap mee @ bihun masa masak tu pun boleh.

Mudah Tapi Sedap & Berkhasiat

Wah, mudah kan? Kejap je dah siap.

Sesuai buat untuk makan sarapan, makan tengah hari atau makan malam jugak. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan berkuah sup macam ni.

Kalau nak lagi best, boleh tambah pedas atau makan dengan cili kicap atau sambal. Power!

Selamat mencuba.

 

*Resepi bihun rebus ini dikongsikan oleh Puan Haniza Ishak menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×