Dapur

Resepi Mango Cheesecake ‘Sebijik’ Macam Di Kedai Kek, Tak Payah Guna Oven & Mixer

42.2K
SHARES

Sebut sahaja kek, pasti ramai dalam kalangan kita yang membayangkan pelbagai jenis kek dengan hiasan yang menarik sehingga menjadikan sesiapa sahaja terliur. Bukan sahaja kek coklat yang menjadi kegilaan ramai malah pilihan jenis cheesecake juga menjadi kesukaan. Salah satu cheesecake yang sangat sedap dimakan adalah mango cheesecake. Rupa-rupanya mudah sahaja nak buat kek ini dimana anda tidak memerlukan oven atau mixer!

Boleh buat untuk juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa atau moreh. Selamat mencuba!

Resepi Mango Cheese Cake

1) Lapisan bawah

-cairkan butter separuh..dah cair masukkan biskut yang dihancurkan

-kacau-kacau pastu masukkan dalam loyang..padatkan

-biskut marie dlm 20-25 keping

2) Lapisan 2

-blend cream cheese yang 250g pastu masukkan whipping cream sekotak kecik dan gula icing dlm 2@3 sudu ( klu nk manis tambah lagi)

-bancuh gelatin dlm sesudu besar campur air panas dalam 3 sudu..kacau sampai sebati masukkan dalam adunan blend tadi..blend sampai sebati

*dalam cream cheese kalau nk letak puri manga atau manga yang potong kecik2 pun boleh!

3) Masukkan adunan blend td dlm lapisan pertama..biarkan beku dlm 15-20 minit

4) Untuk puri mangga – blend sampai betul-betul halus campur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap dibancuh dengan air panas

*manga untuk puri saya saya pakai sebijik

5) Masukkan dalam loyang tadi..pastikan creamcheese dah beku..takut nanti adunan bercampur

6) Letak mangga yang dah potong kecik..suka hati la nak hias macam mana pun.

7) Sejukkan..tuggu la dalam 4,5 jam kalau tak sabaq potong ja makan.

Sumber: Nuryatie PG’s

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×