Dapur

Ini Dia Resepi Macaroni Cheese Yang Tersangat Mudah & Menggiurkan

0
reads

Kalau sebut sebarang makanan yang berkeju, mesti ramai yang terus telan air liur. Kebanyakan makanan seperti pizza, makaroni, pasta, lasagna dan pie dah lama diminati oleh orang Malaysia walaupun ia bukannya makanan tradisi kita.

Macaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan mac & cheese adalah antara menu yang mudah dibuat. Ia bukan saja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak.

Selalunya nak makan makanan begini, kena cari di restoran Western dan harganya pula boleh tahan mahal. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah dengan merujuk resepi olahan Puan Zety Radhiah ini. Resepi ini memang istimewa sebab macaroni cheese beliau ini turut diniagakan dan menjadi sebahagian sumber pendapatan Puan Zety.

Jom kita tengok resepinya di bawah.

Resepi Macaroni Hot Cheesy

Macam biasa, mula-mula kita sediakan bahan-bahan ini terlebih dahulu.

Bahan-bahan

  • Macaroni
  • 3 ulas bawang Holland
  • 5 biji tomato
  • 3 batang carrot
  • 1 tin tomato puri
  • 1 tin cendawan butang
  • daging / ayam cincang
  • 1 biji lada benggala
  • Parutan / kepingan keju

Cara-cara

1. Rebus Macaroni

Mula-mula, rebus macaroni dalam periuk yang berisi air. Letakkan sedikit garam dan minyak.

2. Sediakan Sos

Potong bawang dan tumis dengan minyak. Kisarkan tomato dan carrot dan masukkan ke dalam kuali bila bawang dah agak garing.

Seterusnya, masukkan tomato puri, cendawan dan daging / ayam cincang. Tambahkan garam dan perasa jika perlu. Kemudian, taburkan sedikit oregano, chilli flakes, lada hitam, dan sedikit gula. Masakkan hingga kuahnya pekat.

3. Gaulkan Bersama Macaroni

Ambil macaroni yang telah direbus tadi dan gaulkan ke dalam sos tadi.

4. Taburkan Lada Benggala & Keju

Letakkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan taburkan keju di atas macaroni yang telah dibekaskan. Boleh guna apa-apa jenis keju kesukaan anda. Untuk resepi ini, saya guna kepingan keju saja.

5. Bakar Sekejap

Untuk mencairkan keju, bakar sekejap di dalam oven. Jangan bakar lama sangat ya sebab takut nanti sos didalamnya kering pula.

Siap!

Beginilah hasilnya…. Terliur kan?

resepi macaroni cheese

Mudah saja sebenarnya!

Selamat mencuba.

 

*Resepi macaroni cheese yang sedap & simple ini disumbangkan oleh Puan Zety Radhiah. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Kalau nak rasa banyak lagi kudapan homemade, follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top