Dapur

Dah Bosan Lepat Pisang? Cuba Pula Resepi Lepat Jagung Manis Viral, Lembut Betul!

260
SHARES

Setiap kali tiba waktu petang, mesti ada sahaja rasa nak kunyah-kunyah sambil minum teh panas kan? Juadah yang sangat sesuai dimakan bila waktu petang ini sudah semestinya adalah kuih-muih tempatan. Boleh dibeli di luar atau dibuat sendiri, salah satu juadah kuih-muih tempatan yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah adalah lepat jagung manis.

Selalu anda dengar orang menggunakan pisang sahaja kan? Kali ini, anda cuba pula menggunakan jagung manis dan balut lepat tersebut menggunakan kulit jagung tersebut. Macam lain dari yang lain bukan? Boleh juga buat untuk sambut bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Resipi Lepat/Pais Jagung (Anggaran 10-12 lepat)

Bahan-bahan:-

1 cup jagung manis parut (Anggaran 2-3 tongkol jagungg)

1/2 cup tepung gandum

1/2 cup kelapa parut

1 sudu besar gula (bole adjust ikut lidah memasing)

Secubit garam (adjust ikut lidah)

CARA-CARANYA

1. Parut jagung. Blender bole gak tp nanti hilang tekstur jagung2 tu. Ada tekstur br sedap.

2.1 cawan jagung parut

3.1/2 cawan tepung gandum

-1/2 cawan kelapa parut

4.1 sudu besar gula (kak guna gula perang)

Adjust ikut lidah memasing. Jagung kak dah manis, 1 sudu cukup.

5.1/4 sudu teh garam. Ni pun adjust ikut lidah ja.

6.Gaul sebati. Tak payah add air ya. Air dari jagung pun banyak air dah.

7.Amik kulit jagung untuk jadikan pembungkus lepat. Barulah macam di tamu gitu.

8.Letak 1 sudu besar. Pepandai la adjust. Kalau kulit nda lebar sangat, letak la sikit-sikit.

9.Pastu lipat ke belakang; atas dan bawahnya.

10.Siap melipat.

11.Pastu steam dalam 30 minit menggunakan apa-apa jua steamer yang ada di rumah.

12.Pas dah siap, angkat dan apa lagi, terus makan!

Selamat mencuba!

Sumber: Aya Chalo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×