Dapur

Resepi Kuih Lopes Pulut Moden Paling Mudah & Cepat Siap Untuk Minum Petang

53
SHARES

“Dekat mana lah ada jual kuih lopes eh..”

Kuih lopes merupakan antara kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Namun, agak sukar untuk kita jumpa kuih lopes yang dijual sama rasanya macam makan di kampung, nak buat pun agak rumit. Ternyata air tangan orang tua memang tidak dapat ditandingi bukan?

Oleh itu, ini adalah resepi kuih lopes yang mudah sahaja caranya untuk dibuat supaya anda dapat hilangkan ‘craving’ nak makan kuih tradisi ini. Apa yang penting adalah, langkah untuk buat kuih lopes ini tidaklah serumit seperti cara orang dahulu, namun rasanya sedap!

RESEPI KUIH LOPES CEPAT SIAP

1.Malas nak buat air pandan, letak pewarna aja

2.Guna beras pulut susu pun boleh

3.Masuk daun padan bagi wangi

4.Masukkan minyak sikit

5.Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawan

6.Tanak sampai masak elok

7.Prepare air gula

8.Masak sampai pekat

9.Prepare kelapa parut

10.Masa pulut tengah suam-suam tu, tekan dalam bekas plastik

11.Ambik cawan plastik. Tekan supaya bentuk bulat.

12.Angkat dan gaulkan bersama kelapa parut.

13.Siap!

Sumber: Sally Aqua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×