Dapur

Resepi Kek Pisang Coklat Paling Simple Gaul Guna Garfu Je. Sedap & Lagi Moist Lepas Semalaman

555
SHARES
Resepi kek pisang coklat

Selalunya kita makan kek coklat atau kek pisang je kan… Sesekali apa kata kita cuba resepi kek pisang coklat yang menggabung kedua-dua perasa ni.

Memang nampak sedap sangat. Cara nak buat pun mudah sangat kalau ikut resepi Puan Junnjuney Samsudin ni.

Tak pakai mixer, tak perlu nak blender bagai. Cuma gaul-gaul saja semua bahannya guna garfu pun boleh.

Wah, memang seronoklah mak-mak sebab tak payah susah-susah nak cuci perkakas macam-macam lepas guna nanti kan..

Tapi hasilnya serius sedap!

Jom kita tengok resepi kek pisang coklat yang sangat mudah dan simple ini selengkapnya.

Resepi Kek Pisang Coklat Mudah & Sedap

Kek coklat pisang ni saya buat petang semalam.

Sedap sangat makan panas-panas masa baru lepas keluar oven tu.

Ada baki beberapa potong lagi kita makan pagi tadi. Lebih sedap rasanya!

Selagi pisang tak habis, memang cadang nak repeat lagi buat petang ni.

Bagi yang nak cuba, saya share kan sekali resepinya dekat sini ya.

Bahan-bahan:

Bahan A

  • Pisang 5-6 biji dilenyek kasar*
  • 3/4 cwn gula perang ( gula biasa pun boleh)
  • Telur 3 biji
  • Minyak masak secawan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Secubit garam

*Saya guna pisang sekaki yang pokok rendah tu. Boleh juga nak guna pisang berangan, pisang mas atau pisang montel. Kalau rasa pisang tu besar sangat, boleh buat anggaran dalam 2 cawan bila dah lenyek tu.

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • sesudu kecil soda bikarbonat
  • sesudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar serbuk coklat ( diayak dalam bekas adunan pisang tadi)

Cara-cara

1. Satukan Bahan A

Mula-mula, semua bahan A di atas disatukan dan dikacau rata ( saya kacau guna garfu je).

2. Gaulkan Dengan Bahan B

Kemudian kita sediakan pula bahan B.*

Semua bahan dikacau rata hingga tepung sebati.

(Kalau ada tepung naik sndiri pun boleh terus guna dan tak payah letak dah soda bikarbonat dan baking powder lagi.)

3. Masukkan Adunan Dalam Loyang

Seterusnya bolehlah masukkan adunan ke dalam loyang.

Jangan lupa alas loyang dengan baking paper untuk mudah dikeluarkan nanti.

4. Bubuh Topping Ikut Suka

Sebelum bakar tu taburlah apa-apa topping yang disukai atas adunan.

Saya letak badam hiris + walnut + coklat cip.

Terpulang pada masing-masing nak bubuh apa ya.

5. Bakar

Bakar suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Siap!

Macam nilah hasilnya selepas siap dibakar dan dikeluarkan dari oven… Memang harum dan memikat baunya.

Resepi kek pisang coklat

Begini rupa kek pisang coklat tu bila dipotong.

Tak susah pun nak buat resepi kek pisang coklat ni kan?

Diharap semua dapat mencubanya nanti.

Insha Allah puas hati buat sendiri.

Ok sangat buat makan saja-saja dekat rumah. Nak bawa ke majlis pun boleh.

Paling best makan panas-panas bila keluar oven tu…. Lepas semalaman pulak makin moist rasa kek ni tau.

Jadi apa tunggu lagi silalah save resepi kek pisang coklat yang paling simple dan senang sangat ni ya.

Selamat mencuba!

[ Baca juga : Cuma 3 Bahan Dah Boleh Buat Cheese Cake Yang Gebu. Ini Resepinya ]

[ Baca juga : Resepi Puding Karamel Tanpa Telur. Tak Hanyir & Tak Perlu Kukus! ]

*Resepi kek pisang coklat ini dikongsikan oleh Puan Junnjuney Samsudin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk post asal beliau di SINI untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×