Dapur

Resepi Kek Marble Paling Simple Sukatan Cawan. Tanpa Mixer & Oven Pun Boleh Buat

206
SHARES

Resepi kek marble ni bolehlah dikatakan antara resepi kek ‘legend’ yang ramai orang suka makan.

Rasa lemak-lemak manis vanila dan butter / marjerin memang sedap kalau makan panas-panas.

Dapat pulak makan dengan teh atau kopi… Fuh, syahdu je rasa kan?

Jom kita tengok resepi kek marble paling simple oleh Puan Ain Afiqah ni. Semua boleh cuba dekat rumah walaupun tak ada oven dan mixer tau!

Resepi Kek Marble Paling Simple Sukatan Cawan

Saya tak ada mixer, saya tak ada oven. 

Tapi disebabkan minat nak cuba juga buat kek marble.

Saya putar secara manual je guna tangan. Bakar pulak guna kaedah dalam periuk je.

Alhamdulillah tak sangka hasilnya menjadi dan moist sangat.

Jom saya share resepi kek marble paling simple yang rasanya semua pun boleh cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • Seketul butter / marjerin (250g)
  • 3/4 cawan gula
  • 4 biji telur (Gred B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan susu cair / susu segar (dipanaskan)
  • 2 cawan tepung gandum yang diayak (tapi saya tak ayak pun)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit pewarna ikut suka

Cara-cara

1. Pukul Butter / Marjerin

Mula-mula pukul butter bersama gula sampai agak ringan.

Saya guna 3/4 cawan gula untuk rasa kurang manis, kalau jenis pemanis tu bolehlah  cukupkan 1 cawan gula.

Saya guna butter seketul yang pek biasa 250g tu. Kalau nak guna marjerin pun boleh.

Resepi kek marble

2. Masukkan Telur

Seterusnya masukkan 4 biji telur tu satu demi satu.

Pukul lagi sampai sebati.

3. Bubuh Esen Vanila

Lepas tu masukkan 1 sudu kecil esen vanila.

4. Masukkan Susu

Kemudian tambahkan 1/2 cawan susu cair atau susu segar yang dah dipanaskan.

Terus tuang perlahan-lahan sambil pukul bagi sebati.

5. Masukkan Tepung & Soda Bikarbonat

Sekarang masukkan 2 cawan tepung gandum yang dah diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Saya guna tepung gandum Cap Sauh tapi saya tak ayak pun.

Saya masukkan sedikit demi sedikit sampai habis.

Pukul bagi rata sahaja cukup. Lepas tu kaup balikkan adunan tu.

6. Warnakan

Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian ikut kita punya pewarna.

Sementara tu sapu seluruh permukaan loyang dengan butter atau marjerin. Alaskan dengan baking paper lagi elok supaya senang nak keluarkan kek nanti.

Lepas tu bolehlah lorekkan warna dan lapiskan adunan tadi ikut kreativiti masing-masing.

Saya lapiskan 2 sudu di setiap lapisan.

Untuk bahagian atas kek, saya gunakan belakang sudu je untuk lakar corak tu.

resepi kek marble

7. Bakar

Akhir sekali ialah proses bakar.

Pastikan oven atau periuk bakar dan dipanaskan terlebih dahulu.

Jangan lupa hentakkan loyang sebelum masukkan ke dalam oven atau periuk pembakar.

Untuk periuk pembakar, saya guna api paling kecil. Dalam periuk tu hendaklah dialas dengan tungku besi kemudian baru letakkan loyang bagi mengelakkan hangus bahagian luar. Tak perlu letak air atau pasir dan jangan risau periuk tak akan terbakar.

Ini contoh cara membakar yang anda boleh refer untuk rujukan sebab saya pun lupa nak ambil gambar periuk saya.

Saya bakar dalam 45-50 minit dengan api paling kecil. Kalau nak tahu dah masak, cucuk dengan lidi. Sekiranya permukaan lidi licin dah bolehlah padamkan api, angkat loyang dan terus keluarkan kek.

Balikkan saja sebab dia akan keluar terus seketul tanpa melekat dekat loyang.

[ Baca juga : Mudahnya Buat Kek Oreo Cheese, Tak Perlu Oven Pun! ]

Disebabkan saya guna periuk untuk bakar, saya tak pastilah suhu bakar tu. Tapi kalau tengok resepi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 selama 40 minit.

Senang Kan? Tanpa Mixer & Oven Pun Boleh Buat

resepi kek marble

Ok dah siap inilah hasilnya.

Moist dan gebu… Memang sedap!

resepi kek marble

Memang simple dan insha Allah menjadi walaupun tak ada oven dan mixer macam saya.

[ Baca juga : Cuma Guna 3 Bahan Saja Dah Boleh Buat Cheese Cake Yang Sedap. Ini Resepinya ]

Selamat mencuba dan terima kasih sudi membaca resepi kek marble saya.

Jom buat kek sama-sama!

 

*Resepi kek marble ini dikongsikan oleh Puan Ain Afiqah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan resepi sila rujuk pada posting asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top
×