Dapur

Resepi Kek Batik White Coffee Lain Dari Yang Lain, Milo Boleh Tolak Tepi!

296
SHARES

Pemanis mulut merupakan bahagian penting dalam turutan makanan. Makanan yang manis akan menjadi pilihan utama ketika tiba waktu dessert. Sudah pastinya kek adalah salah satu juadah yang paling dicari ketika pencuci mulut. Tetapi ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung, kita tidak akan dapat keluar untuk membeli kek lebih lebih lagi pada waktu malam. Apa lagi, masa inilah nak cuba buat kek sendiri!

Resepi kek yang dikongsi Ika Junaidi di laman twitternya ini akan menjadi kegemaran ramai, terutama penggemar coffee. Kek Batik White Coffee ini agak lain dari yang lain apabila menggunakan bahan yang lain dari kek batik yang selalu kita dengar. Hanya perlu disejukkan, mudah dan tidak perlu risau keadaan kek anda, pastinya ini akan jadi kegemaran semua!

Resepi Kek Batik White Coffee

Bahan-bahan yang diperlukan

– 500g marie biscuit

– 1 Cup butter

– 1 Cup fresh milk

– 2 TBSP condensed milk

– 6 Sachet coffee 3 in 1

Cara cara Membuat Kek

1.Cairkan mentega.

2.Masukkan susu segar dan susu pekat dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api.

3.Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.

4.Masukkan ke dalam loyang acuan.

5.Simpan dalam peti ais semalaman.

Boleh Dibuat Mengikut Kreativiti

Kek ini tidak akan muak buat coffee lover dan pada yang mereka yang sudah bosan dengan Kek Batik Milo, boleh lah cuba resepi ini! Selain itu, ketika membuatnya, anda boleh pilih untuk membuat layer mengikut kreativiti anda, juga tahap kemanisan boleh mengikut selera anda. Coffee juga boleh ditukar mengikut kemahuan anda. Selamat mencuba!

Sumber : Ika Junaidi

Most Popular

To Top
×