Dapur

Resepi Kek Batik Horlicks Cheezy Milky. Rasa Premium, Lain Dari Biasa!

428
SHARES

Selalu kita banyak jumpa resepi kek batik perasa Milo atau coklat kan?

Dengar kata, kek batik yang perasa susu / Horlicks / cheese dan dihiasi kekacang ni lebih popular di Sabah & Sarawak.

Sekali pandang, nampak sedap juga kan…

So, apa kata kita cuba buat kelainan dengan kek batik Horlicks Cheese ni.

Resepinya cukup simple, tapi yang pasti rasanya memang puas hati.

Bila makan mesti tak muak dan toppingnya tu buat ia terasa mewah!

kek batik cheese milky

Jom kita tengok resepi kek batik Horlicks Cheese Milky yang dikongsikan oleh Fara Fauzi II melalui Facebook.

 

RESEPI KEK BATIK HORLICKS CHEEZY MILKY

Bahan-bahan :

  • 200 g Buttercup
  • 200 g Susu Pekat
  • 400 g Cream Cheese ( dipukul lembut )
  • 250 g Horlicks
  • Sedikit pewarna putih
  • 300 g Biskut Marie Chocolate (saya pakai biskut marie coffee sebab yang choc habis) : patah-patahkan

CARA PENYEDIAAN :

  1. Cairkan buttercup di dalam kuali.
  2. Masukkan susu pekat & kacau.
  3. Kemudian masukkan cream cheese yang telah dipukul lembut..Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan horlicks.
  5. Tambahkan sedikit pewarna putih.
  6. Setelah sebati, tutup api & asingkan sedikit ke dalam bekas untuk topping nanti.
  7. Masukkan biskut marie. Gaulkan sehingga sebati.
  8. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telh disapu mentega. Ratakan.
  9. Masukkan lebihan yg telah diasingkan untuk topping tadi di atas. Ratakan.
  10. Taburkan kekacang yang telah dipanggang.
  11. Masukkan dalam peti ais sehingga sejuk & keras.
  12. Siap. Selamat menikmati rasa kemewahan!

Mudah kan?

Resepi Kek Batik horlicks cheese

Resepi Kek Batik horlicks cheese

Jom tengok video di bawah ini untuk lebih senang faham.

https://m.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3601291480194142/

*Sumber: Fara Fauzi II

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×