Dapur

Resepi Kek Batik Special, Bubuh Topping Cheese. Lagi Sedap & Tak Muak

3.2K
SHARES

“Minggu depan ada majlis kat pejabat, ingat nak bawa kek batik jelah. Senang nak buat. Kalau bubuh topping cheese mesti special!”

Kek batik ni walaupun simple tapi memang sedap. Makan sepotong rasa tak cukup.

Rasa coklat yang sedap kalau digabungkan dengan cheese tentu akan buat ramai lagi teruja nak memakannya, kan?

Sesekali buat kelainan, apa kata kita cuba resepi kek batik cheese yang dikongsikan oleh saudari Ain Aziz ini.

Resepi Kek Batik Cheese Special

Cara buat kek batik cheese ni sebenarnya sama macam kita buat kek batik biasa.

Apa yang istimewanya, kita akan tambah topping cream cheese dekat atasnya.

Kek batik akan nampak lebih menarik dan rasanya pun tentulah lebih sedap! Macam makan cheese cake dan kek batik sekaligus. Dapat bayangkan tak tekstur dan kelazatannya bila bergabung dalam mulut? Fuh, terliur dibuatnya.

Dah, jangan tunggu lagi. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan Untuk Kek

  • 250g Buttercup
  • 1/4 tin susu pekat (Nak lebihkan sikit pun boleh, ikut pada tahap kemanisan anda)
  • 1 paket Milo 200gm (Paket paling kecil)
  • 1 Sudu kecil esen vanila
  • 1 paket biskut Marie (Dipatah-patahkan)
  • Sedikit serbuk koko untuk ditaburkan atas topping

Bahan Topping Cheese

  • 250g Cream Cheese Tatura
  • Sedikit susu Dutch Lady
  • 3 sudu besar susu pekat (ikut pada tahap kemanisan anda)
  • Sedikit perahan lemon

Cara-cara

*Boleh tengok video di bawah ini untuk mudah faham.

1. Patahkan Biskut Marie

Mula-mula macam biasa kita patahkan biskut Marie tu.

2. Cairkan Butter

Lepas tu, ambil butter atau marjerin dan cairkan atas kuali.

3. Masukkan Susu Pekat & Milo

Bila butter dah cair, bolehlah tambahkan susu pekat dan serbuk Milo ikut sukatan tadi.

Memandangkan Milo ni dah manis, boleh guna suku tin susu pekat saja.

Ada orang mungkin suka manis sikit. Ikut pada tahap kemanisan yang anda sukalah ya.

Kalau kek batik dah manis, boleh juga kurangkan manis pada cream cheese nanti.

4. Gaulkan

Seterusnya gaulkan biskut Marie yang dah dipatahkan tadi dengan campuran butter, serbuk Milo dan susu pekat.

5. Masuk Dalam Loyang / Bekas

Bila dah sebati, bolehlah tuangkan ke dalam loyang atau apa-apa bekas.

Saya guna loyang 8×8 yang dialas dengan baking paper.

6. Buat Topping Cheese

Untuk topping, ambil cream cheese dan putar dengan mixer.

Masukkan susu segar sedikit, susu pekat manis lebih kurang 3 sudu besar dan perahan lemon supaya rasa cream cheese lagi sedap dan tak muak.

Yang tak ada mixer mungkin boleh gunakan blender. Blend hingga sebati dan agak kembang.

7. Tuangkan Topping

Akhir sekali tuangkan topping cream cheese tu ke atas kek batik tadi.

Untuk rasa balance, atas hiasan cream cheese boleh taburkan sedikit serbuk koko. Kalau tak ada, guna lebihan serbuk Milo tadi pun boleh.

8. Sejukkan

OK dah siap. Tapi sabar dulu.

Kek batik cheese kena letak dalam peti ais belah bawah selama 3-4 jam supaya senang potong dan cheese tak cair.

Lepastu bolehlah serang!

Simple Tapi Special

Beginilah hasilnya. Nampak sedap, kan?

Sesuai sangat buat minum petang di rumah atau dibawa untuk majlis-majlis.

Bila tambah topping cheese tu dia nampak lagi special berbanding biasa. Cubalah!

* Resepi kek batik cheese ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkomgsian resepi, boleh follow FB Ain Aziz atau IG @cookby_ain.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×