Dapur

Jimatnya, Ini Cara Buat Sos Cheese Homemade Ala KFC. ‘Confirm’ Menjilat Jari!

8.7K
SHARES

“Anak saya ni memang jenis yang suka sangat dengan cheese, lagi-lagi sos cheese KFC tu. Kalau beli mesti tak cukup!”

Mesti ramai peminat keju atau cheese dekat sini kan? Tak kiralah budak-budak atau mak bapak kepada budak-budak, kalau dah ‘hantu cheese‘ tu, hampir semua benda nak makan dengan cheese kan?

Jadi bagi anda yang selalu kena minta ‘extra cheese’ bila beli cheesy wedges ataupun masa beli burger di luar, ini cara buat sos cheese secara homemade yang lebih jimat.

Resepi sos cheese ini diolah oleh Puan Riesha Iman. Katanya, memang jimat dan puas anak-anak makan!

Jom kita tengok resepi selengkapnya di bawah ini.

Resepi Sos Cheese Ala KFC Yang Mudah & Sedap Menjilat Jari

Bahan-bahan

  • 6 keping cheese
  • 150g marjerin
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu jecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan air suam (lebih kirang setengah cawan selepas dibancuh)
  • Sedikit pewarna kuning (*optional)

Resepi sos cheese

Cara-cara

1. Cairkan Marjerin Bersama Susu

Mula-mula panaskan periuk kecil dan cairkan marjerin di atas api.

Masukkan susu full cream dan kacau sebati.

2. Masukkan Cheese

Seterusnya masukkan kepingan cheese satu persatu hingga cair.

3. Campurkan Bahan Lain

Sekarang masukkan semua bahan lain iaitu kiub ayam, serbuk lada sulag, serbuk lada hitam, dan gula.

Akhir sekali masukkan bancuhan air bersama tepung. Fungsi tepung ni untuk jadikan sos kita lebih pekat.

Resepi sos cheese

4. Tutup Api

Bila dah likat dan nampak mula berketul, bolehlah tutup api.

Tunggu kejap bagi sejuk dan kisar dalam blender untuk jadikan teksturnya halus dan tak berketul. Rasa pun makin gebu. Fuh, memang layan.

Resepi sos cheese

Nak senang saya masukkan dalam botol sos macam ni.

Dah Siap!

Dah siap pun sos cheese homemade kita. Sekarang dah bolehlah cicah dengan ayam goreng, nugget, sosej, kentang goreng, atau apa-apa sajalah yang anda suka.

Untuk pastikan rasa sos cheese ini kekal segar dan sedap, seeloknya simpanlah dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 2 minggu. Tapi kata Puan di rumahnya tak sempat seminggu pun dah lesap habis kena ‘baham’ semuanya!

Jadi, sah-sahlah sedap tu kan? Apa lagi, jom kita pakat cuba ramai-ramai. Mudah saja caranya, bahan pun senang dapat. Boleh makan puas-puas dekat rumah.

Selamat mencuba.

*Resepi sos cheese ala KFC ini disumbangkan oleh Puan Riesha Iman menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×