Dapur

Resepi Kacang Goreng Crispy, Kudap-Kudap ‘Express’ Raya

kacang goreng crispy

Kuih raya tak sempat buat dan tak ada mood nak buat? Jangan risau, juadah kudapan di Hari Raya tetap kena ada tapi tak susah pun untuk dibuat sebenarnya. Anda boleh cuba buat kacang goreng crispy spicy untuk kudap-kudapan di Hari Raya kali ini. Kebetulan kita perlu kekal berada di rumah jika tiada urusan penting, jadi memang akan sepanjang masa kita akan mengunyah sesuatu sambil berehat.

Kacang goreng crispy spicy

3 bahan je.. Semudah ABC, 15 minit je siap boleh telan terus.

kacang goreng crispy

3 bahan utama :

-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )

-Telur sebiji

-Tepung bestari pedas

1.Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata

2. Panaskan minyak. Goreng dalam minyak panas, api sederhana

3.Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus.

4.Angkat dan toskan minyak. Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup

5.Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara

Edit tambahan : boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis-manis.. Saya memang tak letak sebab nak makan masin-masin pedas… Tepung ni dah masin ye jangan tambah garam dah.

Sumber: Zita Samat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×