RESEPI DONUT BALL MUDAH DAN GEBU, CUMA GUNA 2 BAHAN JE
Mesti ramai antara kita suka makan donut tapi malas nak menguli dan tunggu adunan tu naik semua kan?
Sebagai alternatif, anda boleh cuba buat donut ball yang sangat mudah ni.
Cuma guna 2 bahan saja tau!
Jom tengok resepi donut ball yang dikongsikan oleh Reha Rahma di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Donut Ball 2 Bahan
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali!
Inspirasi resepi ni dapat dari Facebook juga.
Alhamdulillah menjadi gebu dan lembut. Sedap sangat!
Bolehlah cuba ya.
Bahan-bahan
1) Yogurt perisa asli 1 cup (130g)
2) Tepung naik sendiri 3/4 cawan
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara-caranya ada di setiap gambar di bawah.
Cara-cara
LANGKAH 1
Sediakan 2 bahan ni.
Saya guna 3/4 cawan tepung naik sendiri dan 1 cup yogurt asli 130g.
LANGKAH 2
Campurkan dua bahan tadi
LANGKAH 3
Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
LANGKAH 4
Masukkan dalam piping bag macam dalam gambar ni.
Kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan saja.
LANGKAH 5
Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu.
Masukkan seketul demi seketul ke dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
Boleh angkat bila dah nampak warna keperangan.
Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak.
(Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).
LANGKAH 6
Akhir sekali golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi.
Guna gula aising pun bole.
Macam nilah kejadiannya nanti.
Inilah rupa tekstur dekat dalam tu.
Baca juga: Teknik Salut Tepung Untuk Dapatkan Ayam Goreng Extra Crunchy, Kulit Keriting!
Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati!
Simple sangat nak buat donut ball ni kan?
Tukar Yogurt Dengan Susu Segar Pun Jadi!
Rata-rata ramai yang suka dan teruja nak cuba resepi baru ni.
Malah, ada juga yang berkongsi bahawa mereka dah cuba tukar yogurt dengan susu segar. Tetap menjadi elok je.
Yelah, mana tahu tak ada yogurt dekat rumah kan.. Bolehlah cuba guna susu juga.
Cuma guna 2 bahan je…. Insha Allah menjadi elok je tanpa tambah bahan lain dah.
Selamat mencuba.
(Kredit resepi & gambar asal: Reha Rahma)