Dapur

Ini Teknik Salut Tepung Untuk Dapatkan Ayam Goreng Extra Crunchy, Kulit Keriting!

28K
SHARES

RESEPI AYAM GORENG EXTRA CRUNCHY KULIT KERITING GUNA TEPUNG BESTARI

Memang sedap kalau dapat makan ayam goreng panas-panas.

Selalunya anak-anak pun memang favourite makan ayam goreng ni kan?

Pernah tak cuba buat ayam goreng macam yang dijual di kedai atau fast food tu?

Sebenarnya tak susah pun kalau tahu caranya.

Tak perlu salut telur atau banyak bahan lain, resepi kali ini hanya guna 2 bahan utama iaitu ayam segar dan Tepung Bestari.

Tapi, ada teknik salut tepung tu supaya dapat hasil yang extra crispy!

Jom ikuti resepi resepi ayam goreng crunchy daripada perkongsian Puan Syafinas ini dengan hanya menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.

Resepi Ayam Goreng Extra Crunchy, Kulit Keriting. Confirm Krup Krap Bila Makan!

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy atau perisa lain pun boleh ikut selera masing-masing)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Masak

LANGKAH 1 : PERAP

Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam.

Cara perap tu agak-agak ayam banyak mana kemudian bancuh dengan air. (Jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin).

Lagi lama ayam diperap, lagi rasa juicy tau! Tapi kalau tak nak cepat, perap dalam 10 minit pon dah okay.
Ikut pada kerajinan nak menunggu.

Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur, minyak akan jadi cepat hitam .

Resepi ayam goreng bestari

Ini contoh perapan ayam dengan tepung Bestari tu.

Resepi ayam goreng bestari

LANGKAH 2 : SALUT TEPUNG KERING

Ambil tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) masukkan ke dalam bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.

Ambil ayam yang dah diperap tadi dan masukkan ke dalam tepung kering.

Kita gaul sama rata.

Pastikan tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam .

Tekap sampai dapat hasil kejadian macam dalam gambar di bawah ni.

Resepi ayam goreng bestari

LANGKAH 3 : CELUP DENGAN AIR

Seterusnya lepas ni kita akan perlukan satu bekas air sejuk @ air paip.

Kemudian letak penapis sekali untuk senang tos nanti.

Lepas tu masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam.

Celup ayam bertepung tadi sekejap dalam 2 saat.

Resepi ayam goreng bestari

LANGKAH 4 : TOSKAN

Lepas tu angkat ayam yang terendam tadi dan toskan.

Contoh kejadian ayam macam dalam gambar di bawah:

Resepi ayam goreng bestari

LANGKAH 5 : SALUT TEPUNG KERING SEKALI LAGI

Lepas tu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan.

Tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam.

Boleh tengok hasil yang dah salut tepung kali kedua macam dalam gambar di bawah:



LANGKAH 6 : GORENG

Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak panas.

Oh ya, untuk goreng ayam ni saya pilih untuk goreng dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi lebih cantik.

Minyak kena banyak bile goreng ayam, supaya taklah hangit bahagian bawah tu.

Resepi ayam goreng bestari

SIAP!

Dann ini la hasilll nyaaa…..

Baca juga: Cara Tanam Serai Dengan Mudah Di Rumah, Guna Pasu Pun Boleh!

Mudah kan?

Cuma guna satu bahan je untuk salut ayam.

Rugi tak cuba sebab mudah je caranya. Dapat jimat banyak kalau buat sendiri dan kalau anda sejenis suka makan ayam goreng di rumah… hehe.

Selamat mencuba!

 

*Kredit resepi asal oleh: Facebook Nrl Intan Syafinas via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×