Dapur

Resepi Dimsum Ekspres Simple & Sedap. Confirm Jadi, Confirm Halal!

2.4K
SHARES
resepi dimsum kukus

Bagi yang suka masakan Cina, mesti dimsum ni salah satu favourite anda.

Ia sebenarnya merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayuran atau makanan laut. Biasanya kita boleh tengok dekat kedai ianya dikukus dalam bakul pengukus kecil tu. Bila buka, ada macam-macam jenislah dalam tu ; antaranya siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya.

Oleh kerana ia dimasak secara kukus, jadi bila gigit dimsum ni memang juicy, gebu, dan intinya pula macam bergabung dan ‘meletup’ dalam mulut.

Fuh, serius sedap!

Yang tak pernah makan pun, kalau cuba mesti suka.

Foto Kredit: HerWorld

Tapi sesekali bila teringin nak makan tu, susah juga nak cari dimsum yang halal dekat kedai kan?

Jadi apa kata kita cuba buat dimsum homemade sendiri saja dekat rumah.

Dalam perkongsian ini, kami berbesar hati kerana dapat berkongsikan step-by-step yang cukup terperinci oleh Nur Adiba Amira. Jom tengok resepi dimsum yang sangat mudah selanjutnya di bawah ini.

Resepi Dimsum Kukus Simple & Sedap. Confirm Jadi!

Memandangkan ramai yang bertanya resepi dimsum kukus ni so saya sharelah. Benda sedap kita kongsi bersama kan?

Saya sertakan step-by-step untuk buat dimsum simple dan confirm jadi!

Bahan-bahan

Untuk inti:

  • Ayam kisar
  • Carrot cincang
  • Bawang cincang
  • Lada hitam yang ditumbuk / kisar
  • Sedikit tepung jagung (Tujuan letak tepung nak bagi cantik supaya tak terlerai masa proses kukus)
  • Sedikit garam

*Boleh jugak nak letak udang cincang / crab filament. Ikut citarasa masing-masing ok!

Untuk kulit:

  • Ready made dumpling pastry (Saya guna kulit yang siap dijual macam dalam gambar di bawah ni. Ada logo halal JAKIM ye.)

* Boleh juga buat kulit pakai tepung sendiri. Tapi ni resepi dimsum ekspres saya guna yang dah siap je.

resepi dimsum kukus

Cara-cara

1. Gaul Bahan Inti

Mula-mula gaulkan isi ayam dengan bahan-bahan inti tadi. Tak perlu campur air ye.

resepi dimsum kukus

2. Potong Dumpling Pastry

Kemudian bahagikan dumpling pastry tadi kepada 2.

Ingat ya. Kulit ni jangan terlalu kena air di permukaan tapak. Sebab nanti dia lekat dengan periuk kukus.

Kalau nak elak lekat, letak sikit minyak pada periuk.

3. Isikan Inti & Lipat

Seterusnya isikan inti ke dalam kulit tadi dan lipatkan. Cara nak lipat ni sebenarnya ada macam-macam teknik. Tak kisahlah nak pilih yang mana.

Ini cara saya lipat.

4. Kukus

Sementara melipat tu boleh sediakan periuk pengukus.

Bila dah siap, kukus lebih kurang 15 minit hingga 20 minit.

resepi dimsum kukus

5. Siap Dihidang Bersama Sos

Bila dah siap, macam nilah rupanya.

resepi dimsum kukus

Boleh makan begitu saja atau kalau nak lagi sedap makan dengan sos Thai ni. Jangan risau. Halal ye.

Boleh jumpa dekat Mydin, Tesco, Giant kebanyakan pasaraya semua ada.

resepi dimsum kukus

Mudah Je, Bolehlah Cuba!

Simple rupanya nak buat dimsum ni kan? Kalau pergi pasaraya tu, bolehlah cari dumpling pastry tu simpan buat stok. Bila rasa teringin tu, buat sendiri je dekat rumah nanti.

Boleh makan puas-puas dan confirm halal!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

 

*Resepi dimsum kukus ini dikongsikan oleh Nur Adiba Amira menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran, Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi, boleh rujuk post asal di SINI.

Most Popular

To Top