Dapur

Ini Cara Betul Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Tak Liat & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk

43.9K
SHARES

“Ish, kering dan liat pulak daging goreng kunyit yang aku masak ni bila dah sejuk. Macam mana masak daging goreng kunyit macam kat kedai tu ye. Kalau kita tapau sampai ke petang pun sedap lagi.”

Antara menu yang simple tapi kita selalu makan di kedai ialah daging goreng kunyit.

Sebab apa?

Walaupun simple, tapi tak semua pandai goreng daging kunyit untuk dapatkan hasil yang lembut dan berjus di dalam, tapi agak garing di luar. Kan?

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati kongsikan beberapa tips goreng daging kunyit yang betul oleh Nana Ismail supaya tak liat dan tak kering. Sedap, lembut dan tak kering walaupun bila dah sejuk.

Jom tengok tips beliau selengkapnya di bawah ini.

Cara Betul Masak Daging Goreng Kunyit Supaya Tak Liat & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.

Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas je kan?

Ini beberapa tips untuk masak daging goreng kunyit yang tetap lembut dan sedap walaupun bila dah sejuk.

1. Tengok Urat Daging

First sekali kena faham cara potong daging. Pastikan berlawanan dengan arah urat macam dalam gambar ni.

Tips: Daging tu kalau nak senang potong dan tak juling mata nak cari urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. (Dalamnya memamg masih mentah.)

2. Hiris Nipis

Nanti bila dah sejuk sikit, barulah potong dan hiris nipis.

Bila dah balikkan atas kuali tadi, uratnya akan nampak jelas dan lebih mudah nak potong.

 

3. Goreng Tanpa Minyak

Lepas dah hiris nipis, goreng daging tu tanpa minyak.

Biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat.

4. Lumur Kunyit & Garam

Kemudian barulah kita lumur daging dengan kunyit dan garam.

Korang boleh tengok hasil daging yang dah digoreng tanpa minyak macam dalam gambar di atas tadi. Nampak kering macam daging yang direbus, kan?

5. Goreng Dalam Minyak

Lepas tu boleh bubuh minyak dan goreng macam biasa.

Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat je.

Resepi daging goreng kunyit

 

Kalau buat macam ni, barulah daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.

 

6. Tumis Bawang, Cili & Sayur

Akhir sekali macam biasalah, masukkan  bawang, cili, dan sayur yang dihiris nipis.

Lepas tu perasakan ikut suka dan masukkan balik daging tu dan gaulkan dengan lauk.

SETTLE!

Resepi daging goreng kunyit

Selamat Mencuba

Mudah je sebenarnya nak buat daging goreng kunyit ni. So dah tahu tricknya, lepas ni tak payah order kat luar lagi.

Cubalah tips ni dan tengok perbezaannya ok!

Insha Allah daging akan tetap lembut walaupun bila dah sejuk nanti.

Lauk simple macam ni pun confurm boleh buat makan bertambah kan? Jadi apa lagi, savelah tips ni ya. Rugi tak cuba tau.

*Tips dan resepi daging goreng kunyit ini dikongsikan oleh Nana Ismail menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi boleh follow post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×